Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi

Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi?

Disini saya ingin merungkaikan sedikit sebanyak tentang penginapan Homestay murah di Langkawi yang menjadi pilihan pelancong untuk bercuti di Pulau Langkawi terutamanya pelancong tempatan iaitu di dalam negara kita. Boleh dikatakan disini ramai diantara kita yang belum pernah melancong ke Langkawi apatah lagi macam mana nak dapatkan penginapan yang sesuai dan berbaloi dengan perbelanjaan anda. Jadi disini saya ingin menghuraikan serba sedikit panduan untuk anda bercuti di Langkawi dengan budget yang boleh di rancang dengan kemampuan anda semua.

apartment murah di langkawi

Pastinya anda biasa mendengar tentang Homestay, chalet, guest house dan motel dan disini saya tak nyatakan hotel kerana budgetnya memanglah lebih besar. Jadi saya fokuskan kepada yang murah dan berbaloi kepada percutian anda. Jadi topiknya tentang penginapan murah dan saya memfokuskan kearah itu.

Homestay

  • Apakah yang anda tahu tentang Homestay?

Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi?

Homestay adalah satu penginapan yang disediakan berkonsepkan tinggal atau menginap di sebuah rumah bersama tuan rumah itu sendiri serta mendapatkan pengetahuan budaya dan juga sosial masyarakat setempat.  Jadi ini adalah permulaan ketika Homestay mula-mula beroperasi di negara kita.

Manakala sekarang pula pandangannya amat berbeza berbanding keinginan dan kemahuan pelancong tempatan.

Kenapa saya berkata begitu?

Setelah homestay sudah di ketahui umum, masyarakat kita iaitu pelancong tempatan, mereka mahukan kelainan:

  • Jimat wang penginapan (untuk bilangan yang ramai).
  • Tinggal bersama satu family (sendirian) maksudnya tanpa perlu tinggal bersama tuan rumah.
  • Privacy
  • Keperluan asas yang disediakan bagi sesebuah homestay seperti (penyaman udara, mesin basuh, dapur yang lengkap, Television, Astro, buaian bayi dan bermacam lagi).
  • Lokasi – penetapan bagi lokasi percutian anda, maksudnya untuk negeri yang akan anda semua ingin lawati. Pastinya pilihan sesebuah homestay berdasarkan jarak ke sesebuah tempat menarik yang ingin mereka dilawati semasa disana. Manakala faktor lainnya pula ialah lokasi seperti berdekatan tempat makan, tempat shopping dan berdekatan pusat pentadbiran, jadi inilah yang selalunya menjadi pilihan pelancong untuk bercuti. Saya ingin tegaskan disini bahawa faktor lokasi adalah salah satu perkara yang paling dan utama bagi pelancong membuat pilihan mereka.

Bagaimana cara anda ingin mendapatkan Homestay yang sesuai , murah dan mudah?

  • Anda boleh mencarinya di dalam internet.
  • Membuat carian untuk lokasi atau negeri yang anda ingin bercuti.
  • Menilai sesebuah homestay berdasarkan feedback customer atau maklum balasnya. Selalunya dengan melihat feedback atau komen yang banyak menjelaskan homestay tersebut diminati dan mendapat pilhan pengunjung. Sebagai contohnya anda boleh lihat di website kami ( Eylizar Homestay).
  • Pastikan juga sesebuah homestay yang anda ingin tempah adalah berdaftar sama ada dengan SSM Malaysia atau pun dengan Homestay Malaysia.
  • Pastikan anda tidak menggunakan pihak ketiga.
  • Pastikan anda terus menghubungi Tuan punya Homestay  menerusi contact Form atau menelefon terus /menghantar ke system pesanan ringkas ke nombor yang dinyatakan disitu.
  • Berbincang tentang harga penginapan serta kemuskilan lokasi atau tempat menarik yang berada disekitar homestay yang anda ingin inapi.
  • Selalunya harga sesebuah penginapan seperti homestay berdasarkan  (cuti sekolah dan hari biasa) jadi jika anda ingin bercuti di musim cuti sekolah pastinya harga sesebuah homestay akan tinggi sedikit tapi ianya berbaloi kerana jumlah anda untuk tinggal di sesebuah homestay memuatkan hingga 10-15 orang untuk sebuah rumah. Cuba anda bayangkan jika anda menginap di hotel? Adakah ianya jauh lebih murah tinggal di hotel pada musim cuti ataupun Peak Season? Jadi untuk mendapatkan harga yang murah dan budget tentulah pada hari biasa maksudnya –Off Peak.
  • Merancang tarikh serta membuat tempahan awal dengan memberikan deposit untuk sesebuah homestay bagi mengelakkan ianya di tempeh oleh orang lain.
  • Melihat gambar atau photo homestay yang anda inginkan.
  • Membuat panggilan kepada tuan punya homestay sehari sebelum anda menginap disana. Berikan anggaran masa ketibaan anda.

 

Satu lagi topic yang ingin saya kupaskan ialah:

Mengapa Homestay berbeza berbanding Rest House, Guest House, Motel, Chalet dan Hotel?

Homestay adalah sebuah rumah yang mempunyai beberapa buah bilik serta bilik air dan mempunyai semua kelegkapan peralatan asas yang bercirikan tinggal seperti dirumah anda sendiri

Jadi semua ini kebanyakannya tidak terdapat di tempat penginapan yang saya sebutkan diatas selain daripada homestay. Homestay amat sesuai sekali untuk Keluarga yang mempunyai bilangan yang ramai atau pun yang datang secara berkumpulan.

 Pilihan anda untuk penginapan Homestay Murah Di Langkawi

Jadi sekiranya anda semua ingin bercuti di Pulau Langkawi dan ingin mendapatkan budget yang sesuai dengan kemampuan anda atau pun kumpulan anda pastikan anda menghubungi pihak kami iaitu Eylizar Homestay kerana pihak kami adalah salah satu syarikat di bawah Eylizar Enterprise yang menyediakan lebih daripada 13 buah homestay dan 5 buah apartment di sekitar Pulau Langkawi. Kebanyakan lokasi kami berdekatan Pekan Kuah iaitu salah satu pusat pentadbiran di Langkawi serta berdekatan tempat membeli belah dan juga tempat-tempat makan yang banyak disekitarnya. Selain itu pihak kami juga ada menyediakan seperti pakej –pakej lain iaitu Kereta Sewa berdaftar pelbagai jenis, Bas untuk kumpulan yang ramai serta aktiviti seperti Island Hopping ke 3 buah pulau di sekitar Langkawi iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa besar. Trip ini memakan masa selama 4 jam dan harganya pula amatlah berbaloi. Selain itu kami juga ada trip yang lain seperti Mangrove Tour, melawat ketempat seperti gua kelawar,gua buaya dan gua cerita dengan menggunakan bot laju didalam kawasan hutan paya bakau selama 2 jam.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi?

Dengan membuat tempahan bersama Eylizar Homestay anda boleh menjimatkan duit anda serta mendapatkan informasi tentang percutian anda disini, serta dapatkan juga pakej lain yang ditawarkan kepada anda. Pihak kami juga akan memperbaiki perkhidmatan kami dari semasa ke semasa demi menyediakan perkhidmatan penginapan terbaik untuk anda semua.

Berikan Pandangan Anda mengenai Homestay

Jadi amatlah jelas sekali bahawa Homestay di Langkawi dan Homestay di seluruh negara adalah salah satu penginapan yang budget, murah selesa dan memenuhi kriteria yang diperlukan bagi kebanyakan pelancong tempatan di negara kita. Jadi sekiranya anda tidak bersetuju dengan kenyataan saya bolehlah memberi pandangan demi mendapatkan keputusan terbaik bagi topik ini.

About Nazri Darus

Eylizar Homestay adalah Syarikat Travel Agent di Langkawi di bawah Eylizar Holidays Sdn.Bhd (1078674-P) . Mempunyai 30 buah homestay dan 10 buah Apartment serta kolam renang,Bajet Motel,Bilik Bajet di Pantai Cenang dan di pekan kuah. Menguruskan pakej rombongan pelajar dan swasta serta menyediakan perkhidmatan bas persiaran murah serta berbagai pakej percutian lain di Pulau Langkawi, Malaysia.
This entry was posted in Homestay Information and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge