Cerita Persiapan Raya 2013 Bagi Tahun Ini

Cerita Persiapan Raya 2013 Bagi Tahun Ini.

Persiapan raya 2013

Sebut saja pasal Hari RayaAidilfitri pasti yang akan mengeluh dan ada yang seronok kerana ingin menyambutnya bersama keluarga tercinta. Bagi kami Eylizar
Homestay sekadar sederhana sahaja. Tahun ini adalah tahun pertama Eylizar Homestay Langkawi akan menerima tetamu yang rata-ratanya menginap bersama homestay kami di Langkawi. Pada Hari Raya kedua sahaja pihak kami akan menerima rata-rata tetamu yang akan menginap jadi persiapan kami adalah dengan menyiapkan ketupat dan lemang untuk mereka.

Jadi disini kami akan bercerita sikit berkenaan persiapan yang kami lakukan untuk anak-anak. Seperti kebiasaan pada tahun-tahun sudah kami akan balik Ke Perlis
dimana nenek saya tinggal, beberapa hari sebelum menjelangnya hari Raya Aidilfitri. Kami balik kesana kerana ingin membeli belah bagi pakaian dan segala keperluan Raya

Persiapan raya 2013

bagi tahun ini 2013. Pada tahun ini kami pergi membeli belah di Pekan Jitra dan juga bandar Kangar dimana kami rasa kemeriahannya dapat dirasai disamping harganya
yang jauh lebih murah dan banyak pilihan berbanding ditempat lain.Bagi saya sebagai perantau di Pulau Langkawi ini amatlah dirasai kerana terpaksa beraya jauh daripada
keluarga tersayang. Manakala isteri saya pula anak jati Langkawi jadi taklah terasa seperti saya. Bagi saya cuti untuk hari Raya ni memanglah susah memandang saya
bekerja disektor perhotelan dimana setiap kali cuti sekolah ..maka hotel akan dipenuhi oleh pengunjung, jadi banyak cuti dibekukan kalau ada pun setiap dua tahun sekali
itupun bergilir-gilir kalau nak bercuti….

Teringat semasa kecil dimana mercun ni tak lah macam sekarang..main sikit ada yang putus tangan. Sebenarnya saya dibesarkan di Pahang bersama keluarga saya
seawal umur 6 tahun dan semasa saya berumur 13 tahun saya pun berpindah kekampung nenek saya kerana ingin menjaganya memandangkan nenek pun tiada cucu lain disana.
Ibu bapa saya berada di Pahang iaitu di Felda Keratong 2 dan masih disana bersama adik-adik saya…cuma saya seorang saja yang berada di kampung. Jadi setiap kali
hari raya saya masih terkenangkan pengalaman saya di Pahang. Maklumlah zaman kanak-kanak saya disan …..sapa yang tak ingat kan??

Shopping Raya di kangar-van jual hot dog dan burger

Jadi sekarang dah berkeluarga dan mempunyai anak-anak pastinya pengalaman itu akan dikongsi dengan anak-anak. Dulu masa saya kecil-kecil amat seronok bila
ibu bapa ajak pergi beli baju raya sampai ada benda yang kita suka tak dibeli menangis..teresak-esak. Sekarang bila terkenangkan anak-anak sendiri ..rasanya
kesian pulak kalau tak dibeli apa yang mereka mahukan. Anak lelaki dan anak perempuan ni memang banyak bezanya daripada segi persiapan..pening jugak
kalau nak diikutkan kesemuanya..tapi sekadar yang mampu sahaja.

Tapi yang paling bestnya hari raya ni ….ialah suasana semasa balik kampung tu la yang paling seronok..contohnya kalau saya balik ke Pahang..saya akan melalui jalan Kuala Pilah pada sebelah malamnya dan pengalaman yang paling best Kampung di Negeri sembilan ni adalah suasana kampungnya dan pelita-pelitanya cantik sekali sampai terasa dan saya rasa mesti
orang negeri sembilan pun sama dengan apa yang saya rasa. Rasa pengalaman raya tu bila melalui perkampungan yang cantik daripada Pekan Senawang sampai kerumah
ibubapa saya amatlah teruja sekali.

Tetapi Langkawi juga tiada bezanya cuma suasana kampung ..tak sama seperti tempat kita dibesarkan …tak la terasa sangat tapi apa pun mana-mana tempat pun sama saja..ye tak? Jadi anda bolehlah share pengalaman anda semasa beraya…….dimasa kecil…

Jadi tinggallah komen atau coretan anda tentang Cerita Raya 2013 ni..dan kalau nak tanya apa-apa pun dialukan…

About admin

Eylizar Homestay adalah Syarikat Travel Agent di Langkawi di bawah Eylizar Holidays Sdn.Bhd (1078674-P) . Mempunyai 30 buah homestay dan 10 buah Apartment serta kolam renang,Bajet Motel,Bilik Bajet di Pantai Cenang dan di pekan kuah. Menguruskan pakej rombongan pelajar dan swasta serta menyediakan perkhidmatan bas persiaran murah serta berbagai pakej percutian lain di Pulau Langkawi, Malaysia.
This entry was posted in Cerita Homestay di Langkawi dan Malaysia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge