Hikayat Dongeng Pulau Dayang Bunting

Hikayat Dongeng Pulau Dayang Bunting

Ini adalah salah satu hikayat dongeng berkenaan Pulau Dayang Bunting Di Langkawi. Beberapa ratus tahun dahulu ada seorangĀ  jin bernama Mambang Sari tinggal di Pulau Langkawi. Pada suatu hari Mambang Sari pergi bermain-main dengan dayangnya di suatu tempat yang di panggil Teluk Air Tahun.

Pulau dayang bunting

Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya. Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.

Hikayat Dongeng Pulau Dayang Bunting

Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama “Tuk Diang”.

Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi. Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir.

Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.

Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.

Hikayat Dongeng Pulau Dayang Bunting

Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya.

Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.

Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.

Hikayat Dongeng Pulau Dayang Bunting

Hikayat juga dan cerita orang tua-tua mengatakan ada jelmaan Buaya putih di tengah tasik dan sesiapa yang mulutnya capul akan mendapat balasan. Juga ada mengatakan bahawa jika di bawa keluar airnya daripada kawasan itu, air tersebut akan menjadi masin yang sebaliknya tawar di tasik tersebut. Jarak terdekat tasik itu dengan air laut adalah begitu hampir sekali hinggakan jika air laur bergelora kadang-kadang air laut masuk kedalamnya…tetapi air di tasik tersebut masih tawar. Terbaru semasa saya dan family ke sana banyak pelancong suka melawat tempat tersebut….jika anda semua ingin kesana anda bolehlah booking trip Island Hopping…

About admin

Eylizar Homestay adalah Syarikat Travel Agent di Langkawi di bawah Eylizar Holidays Sdn.Bhd (1078674-P) . Mempunyai 30 buah homestay dan 10 buah Apartment serta kolam renang,Bajet Motel,Bilik Bajet di Pantai Cenang dan di pekan kuah. Menguruskan pakej rombongan pelajar dan swasta serta menyediakan perkhidmatan bas persiaran murah serta berbagai pakej percutian lain di Pulau Langkawi, Malaysia.
This entry was posted in Activities In Langkawi, Pakej Island Hopping Eylizar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge