Homestay Di Langkawi Malaysia

Homestay Di Langkawi Malaysia

Homestay, kenapa topik saya kali ni membawa anda kepada topik homestay?kalau anda nak tau sebabnya homestay sekarang ni menjadi pilihan kepada ramai pelancong-pelancong dalam negeri untuk mencari penginapan apabila nak bercuti ke sesuatu tempat.

Bagi kita orang di Malaysia , pengalaman mencari penginapan untuk bercuti di Pulau Langkawi memang agak memeranjatkan. Taklah begitu memeranjatkan tetapi agak tidak disangka-sangka. Kenapa?Sebabnya dalam tempoh 2 minggu sebelum cuti sekolah bulan Disember bermula di Malaysia, hampir semua homestay penuh. Semua iklan homestay yang kami cari di Google atau internet dan kami hubungi untuk buat tempahan dah penuh. Bila anda telefon jawapannya ialah minta maaf Encik, Puan, homestay kami dah ada orang booking dan bayar full pun ada tempahan begitulah jawapannya.

Jadi, nampaknya penginapan berbentuk homestay sekarang ni menjadi pilihan ramai sewaktu bercuti. Homestay ni menjadi ‘favourite’ ramai berbanding dengan Chalet,Hotel,Guest House,Rest House,Motel ataupun Resort kerana faktor-faktor yang fleksibel.

Homestay di Langkawi Malaysia atau dekat-dekat dengan Pekan Kuah dan Pantai Chenang memang sentiasa dicari oleh mereka yang ingin bercuti di Langkawi . Homestay kami di Taman Nilam ini jaraknya dengan bandar Pekan Kuah cuma 8km sahaja . Perjalanan memandu cuma memakan masa selama 10 minit dan ianya melalui Jalan Ayer Hangat. Jikalau dari Jetty Ferry Kuah anda hanya perlu pandu terus sehingga anda akan berjumpa pada lampu Traffic Light yang pertama di pekan Kuah jadi anda perlu belok ke Kanan dan terus melalui jalan tersebut anda akan nampak disebelah kiri Jalan Ibu Pejabat Polis Daerah ataupun IPD Langkawi seterusnya anda akan jumpa bangunan Idaman Suri di Traffic Light yang terakhir dan MRSM Langkawi jadi terus lagi sampai anda Kuil Hindu di Kampung Kisap dan seterusnya Gunung Raya Golf Club ,Masjid Kisap.

Jarak Taman Nilam Daripada masjid Kisap hanyalah kira-kira 500m seterusnya belok kekanan dan anda akan nampak satu perkampungan Taman yang semuanya adalah dari kalangan Bumiputera kita.

Jikalau anda ingin menempah salah satu daripada 10 buah homestay kami dan bersama kereta sewa di Langkawi silalah call/sms kami segera.

Kami juga ada menyediakan Pakej Island Hopping dan Mangrove Tour.

017-4256796  LIZA

email kami : langkawihomestay490@gmail.com

About admin

Eylizar Homestay adalah salah satu Syarikat Travel Agent di Langkawi di bawah Eylizar Holidays Sdn.Bhd (1078674-P) . Menawarkan pilihan penginapan sekitar Pulau langkawi dengan15 unit Homestay dan 10 Unit Apartment/Kondominium kolam renang, Pakej Motel, Villa,Chalet, Bilik Bajet di Pantai Cenang dan di sekitar Pekan Kuah. Menguruskan Pakej Rombongan pelajar dan swasta serta menyediakan perkhidmatan bas persiaran murah, Kereta sewa pandu sendiri serta berbagai pakej percutian lain di Pulau Langkawi, Malaysia. Hubungi kami segera untuk pertanyaan lanjut : +6019-5640251 / +6017-4256796 Pn.Liza.
This entry was posted in Homestay Information and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge