Kawasan Mukim Padang Matsirat Pulau Langkawi

Kawasan Mukim Padang Matsirat Pulau Langkawi

Ianya merupakan sebuah mukim yang terletak di utara Pulau Langkawi. Jarak dari Pekan Kuah ke Padang Matsirat lebih kurang 23 KM. Daripada enam mukim yang terdapat di Pulau Langkawi Mukim Padang Matsirat adalah yang ketiga terbesar dengan keluasan tanah lebih kurang 77 km persegi yang terdiri daripada kawasan tanah pamah ,sawah padi, bukit bukau , gunung dang juga laut. Mukim Padang Matsirat terletak di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Air Hangat dan Parlimen Langkawi. Ianya bersempadan dengan mukim Bohor, Mukim Air Hangat dan Mukim Kedawang.Mukim Padang Matsirat Langkawi

Pecahan Penduduk Mukim Padang Matsirat langkawi

Antara mukim yang mempunyai penduduk yang ramai iaitu seramai 12,948 orang yang terdiri daripada berbagai etnik antaranya melayu, cina, India, lain-lain dan terdapat juga bukan warga negara malaysia yang menetap di mukim ini. Daripada pecahan etnik tersebut majoriti penduduknya ialah orang melayu yang beragama Islam iaitu seramai 9,948 orang (70%), Etnik Cina seramai 750 orang 15%, Etnik India seramai 315 Orang(8%) , lain-lain termasuk warga asing ialah 209 orang (7%). Pecahan penduduk mengikut jantina pula didapati tidaka terdapat perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita iaitu lelaki seramai 5,908 orang manakala perempuan seramai 7,040 orang iaitu perbezaan seramai 1,132 orang sahaja. Kebanyakan penduduk di mukim Padang Matsirat ialah seperti nelayan, pesawah, berniaga ,penoreh, perhotelan dan lain-lain lagi.

Pentadbiran Mukim Padang Matsirat

Diketuai oleh seorang Penghulu yang di tempatkan oleh pentadbiran kerajaan negeri kedah yang di letakan di bawah pentadbiran daerah bagi menjalankan tugas-tugas sebagai penyelarasan atau orang tengah antara pentadbiran kampung dengan pihak atasan. Penghulu pula akan di bantu oleh Majlis Ketua Kampung(MKK). Bagi Mukim Padang Matsirat, Penghulu akan dibantu oleh 12 orang Majlis Ketua Kampung(MKK).

 


View Larger Map

Please follow and like us:
error
This entry was posted in Cerita Homestay di Langkawi dan Malaysia, Eylizar - Langkawi Island and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *