Kerabu Bronok Di Langkawi

Kerabu Bronok Di Langkawi

Pulau Langkawi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan sebenarnya menyimpan rahsia di sebalik hidupan lautnya. Hidupan laut yang di kenali sebagai Bronok diolah menjadi makanan eksotik iaitu kerabu.

tempat makan best di langkawi

Bronok merupakan spesies hidupan laut seakan-akan gamat atau timun laut. Ianya hidup di kawasan pantai yang berselut seperti Langkawi. Teksturnya licin seperti sotong dan ianya juga mempunyai beberapa warna seperti coklat kehitaman atau merah jambu. Bersifat kenyal dan rasanya agak masin seperti air laut.

Sifat Bronok

Ianya amay alah kepada haba dan ia akan mencair menjadi air masin jika di panaskan. Mungkin ada di antara anda yang tak berselera untuk makan selepas tengok fizikal lain seperti lintah gergasi. Tetapi bagi sesetengah orang, kerabu Bronok ni memang sedap dan menyelerakan. Bagi penduduk disekitar Langkawi kerabu Bronok ni menjadi benda wajib untuk majlis kenduri. Aku biasa pergi dengan kawan mencari Bronok ..dan caranya lebih kurang seperti kita mencari kerang di laut.

Kerabu Bronok Di Langkawi

Bahan Asas  untuk menghasilkan Kerabu Bronok.

kerabu bronok di langkawi

Untuk menyediakan kerabu Bronok ni adalah perlu di potong pangkal kepala dan ekornya bronok perlu di potong untuk membuang isi perutnya. Sila gunakan pisau yang tajam untuk menghirisnya nipis-nipis bagi menghasilkan kerabu yang sedap jadi ketilitian amatlah penting sekali.

Bahan asas untuk membuat kerabu Bronok ini sama juga dengan kerabu-kerabu lain, jadi barang-barang asasnya adalah seperti:

  • Sambal kelapa
  • Bawang
  • Cili
  • Lengkuas
  • Kerisik
  • Dan daun gajus yang dirincik halus.

Bahan-bahan tadi mestilah di gaulkan dengan bronok yang dibersihkan tadi. Sebenarnya ini pengalaman pertama aku di Langkawi. Kerana asalnya aku bukan anak jati Langkawi. Kahwin dengan orang Langkawi ni la yang membuatkan aku kenal dengan Bronok ni…mula-mula takut juga nak makan, tapi bila dah makan sampai tak cukup pula…rasanya kenyal macam kita mengunyal isi sotong….

Bronok ni ada musim-musim tertentu saja yang banyak boleh didapati disini. Dan kalau saiznya besar sangat pun tak sesuai kerana agak liat isinya, jadi kita ambil yang sedang-sedang saja.

Kerabu Bronok Di Langkawi

Bronok di langkawi

Pada sesiapa yang baru kali pertama lihatnya amat geli sekali kalau nak pegang…dalam badannya hanya Nampak air saja.

Jadi kalau ke Langkawi ni janganlah lepaskan peluang untuk mencuba kerabu bronok ni…kawasan yang banyak Bronok di Langkawi ni adalah di kawasan sebelah Padang Matsirat berdekatan International Airport Langkawi.

Jadi selamat mencuba makanan di langkawi dengan melawat tempat makan best di sekitar Pulau Langkawi.

Jika anda ingin mencuba kerabu bronok ini anda bolelah cuba di kedai ini yang juga di kategorikan antara yang termurah di langkawi.

1- Restoran Kak Yan di Jalan Ulu Melaka, Padang Matsirat berhadapan Sekolah Ugama Maktab Mahmud.

2- HBL Restoran bersebelahan kedai Shaari Gamat di tengah Pekan Kuah di belakang Hotel Bayview Langkawi.

About admin

Eylizar Homestay adalah Syarikat Travel Agent di Langkawi di bawah Eylizar Holidays Sdn.Bhd (1078674-P) . Mempunyai 30 buah homestay dan 10 buah Apartment serta kolam renang,Bajet Motel,Bilik Bajet di Pantai Cenang dan di pekan kuah. Menguruskan pakej rombongan pelajar dan swasta serta menyediakan perkhidmatan bas persiaran murah serta berbagai pakej percutian lain di Pulau Langkawi, Malaysia.
This entry was posted in Langkawi Information by Eylizar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kerabu Bronok Di Langkawi

  1. nazri idris says:

    Kedai kat ner di langkawi yg jual kerabu bronok ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge