Mengapa Homestay Menjadi Pilihan Warga Malaysia Sekarang

Mengapa Homestay Menjadi Pilihan Warga Malaysia Sekarang

Homestay ialah satu permintaan yang tinggi sekarang ini kerana ada beberapa faktor yang membuatkan sesebuah keluarga dan rombongan yang ramai memilih homestay. Banyak tempat-tempat percutian sekarang ini mula menyediakan homestay dan ianya tumbuh macam cendawan sampai kita sendiri pun tak tahu nak pilih.

Kalau di sebut Homestay pasti ada yang menganggap kita akan menetap bersama keluarga angkat..ye tak? kerana banyak customer kami yang bertanyakan tentang bab ini. Dan pada tanggapan anda semua mesti leceh ..isssshh susahlah macam ni kalau tinggal dengan tuan rumah…tak free la..Pendapat anda semua sama seperti pendapat saya juga, kalau stay dengan tuan rumah…terus terang saya cakap saya pasti tak mahu apatah lagi anak-anak saya..

Mengapa Homestay Menjadi Pilihan Warga Malaysia Sekarang

Trend sekarang sudah bertukar corak dimana pihak penyedia homestay mengambil inisiatif ini dengan mengubah cara permintaan customer dengan menyediakan perkhidmatan homestay yang konsep stay your own dalam satu rumah dengan segala keperluan di sediakan. Bagi pihak Eylizar Homestay sendiri terus terang kami katakan bahawa survey yang telah kami buat sebelum membuka perniagaan ini adalah dengan menyediakan sebuah rumah yang lengkap seperti rumah customer itu sendiri. Segala keperluan seperti aircon, peti ais, mesin basuh dan dapur adalah asas kepada keperluan utama yang patut ada dimana semua orang inginkan keselesaan dan berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.

Adakah berbaloi bayar homestay dengan harga yang murah?

Mengapa pula tidak…anda diberikan pilihan untuk melihat sendiri gambar-gambar yang disediakan oleh pengusaha homestay di seluruh Malaysia. JIka dilihatkan pada kapasiti anda pastinya berbaloi..contohnya jika anda dan family anda 10 orang..kalau stay di homestay pada musim cuti sekolah habis tinggi pun RM250-RM350 untuk semalam. Pastinya ini adalah sesuatu yang amat jimat sekali..kenapa saya berkata begitu? Cuba bayangkan jika anda stay di Hotel..tak payah ambil 5 bintang lah kononya..tapi just cuba kita ambil satu bintang atau dua bintanglah harganya tak kurang daripada RM200 pada musim cuti. JIka anda semua 10 orang satu bilik takkan anda nak share sampai 5 orang..tak mungkin kan? Jadi berapa buah bilik yang anda akan ambil rasanya? habis kurang anda akan ambil 3 atau 4 bilik ye tak? dan cuba anda darabkan RM 200 satu bilik dengan jumlah bilik sebanyak 4 buah…sama dengan RM800 ringgit untuk satu malam sahaja. HANYA SATU MALAM SAHAJA. Tetapi dengan homestay anda cuma bayar RM300 lah katakan semalam dan kalau 2 malam baru RM600 kan?..anda semua telah jimatkan RM500 untuk semalam. Dan rata-rata yang melancong ke Langkawi ni selalu stay dalam 3 h 2 m ..jadi anda jimat RM1000 untuk 2malam. Dengan RM1000 tu anda boleh guna untuk sewa kereta dan bawa family makan dan shopping.

Satu lagi sila pastikan anda membuat tempahan homestay anda dengan syarikat yang berdaftar seperti SSM dan Persatuan Homestay itu sendiri. Elakkan dari menggunakan orang tengah ataupun membuat tempahan daripada syarikat yang tidak berdaftar…bukannya apa takut ditipu pula…..pernahkah anda dengar suatu masa dulu berkenaan ulat tiket untuk bas express ..ramai yang beli tapi basnya tiada..betul tak? Jadi pikirlah keluarga anda serta mata anak-anak anda bila semua dah ready nak bercuti ..tau-tau tempahan untuk homestay yang anda booking itu tiada. Tentunya angin seluruh badan kan? Pastikan percutian anda diingati sepanjang hayat. Setelah penat bekerja mengumpul duit pastinya kita inginkan percutian yang paling bermakna.

Bagaimana pula tentang kereta sewa di Langkawi…mahal ke? kereta ok tak?

Kereta sewa di langkawi ni kalau nak kata mahal pun tak la sangat saya rasa…pasal apa saya cakap begitu? setahu saya harganya berdasarkan jenis kenderaan dan juga kualitinya. Tapi rata-rata kereta di Langkawi ni masih dalam keaadaan baru. Seperti Eylizar Homestay ..pihak kami menggunakan syarikat berdaftar untuk di berikan kenderaan sewa kepada semua customer kami kerana kami pentingkan keselamatan dan juga keselesaan customer kami. Anda boleh dapatkan harga yang murah tetapi belum tentu kualitinya bagus dan berlesen. Pilihan di tangan anda semua untuk membuat pilihan dan pihak kami memberikan pilihan kepada semua customer kami kerana customer is alway right. Kereta yang kami sediakan seperti van kia preggio,Nissan Urvan, Alphard, innova, dan bayak lagi termasuk viva,myvi,wira,civic,honda city, dan sebagainya…hanya sebutkan jenis insyaallah pihak kami akan sediakan.

Bagaimana nak buat tempahan bersama Eylizar Homestay Langkawi ni?

Senang saja email kan apa-apa saja pertanyaan kepada kami :

langkawihomestay490@gmail.com

atau terus call/sms kami kepada nombor ini :

017-4256796  LIZA

Berikan pendapat anda ataupun sharekan apa-apa saja pengalaman anda untuk disharekan kepada semua rakan-rakan kami dan juga customer kami yang ramai mengikuti website ini.

Terima Kasih semua….nantikan sambungan cerita ini…

About admin

Eylizar Homestay adalah Syarikat Travel Agent di Langkawi di bawah Eylizar Holidays Sdn.Bhd (1078674-P) . Mempunyai 30 buah homestay dan 10 buah Apartment serta kolam renang,Bajet Motel,Bilik Bajet di Pantai Cenang dan di pekan kuah. Menguruskan pakej rombongan pelajar dan swasta serta menyediakan perkhidmatan bas persiaran murah serta berbagai pakej percutian lain di Pulau Langkawi, Malaysia.
This entry was posted in Cerita Homestay di Langkawi dan Malaysia, Langkawi Information by Eylizar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge