MY RORO FERRY PENUMPANG DAN KENDERAAN KE LANGKAWI

MY RORO FERRY PENUMPANG DAN KENDERAAN KE LANGKAWI

Berita hebat ketahui lebih lanjut (Jadual perjalanan dan Harga Terkini ) Ferry Ro Ro di antara salah satu ferry yang boleh bawa kereta anda dan family bersama terus ke Langkawi daripada Kuala Perlis dengan hanya memakan masa selama 2 jam sahaja. Tetapi Ferry ni tidaklah seperti ferry penumpang yang biasa perjalanannya. Buat sementara ini Ferry Aroro hanya akan mempunyai satu atau dua trip sahaja sehari kerana masaalah air pasang surut di Kuala Perlis.

My Roro ferry Langkawi

Ferry ini telah beroperasi pada 3hb September yang lalu dan mendapat sambutan yang tinggi daripada pelancong dalam negara yang ingin membawa kereta sendiri ke Pulau Langkawi.

PANDUAN UNTUK HARGA BOLEH KLIK SINI: SENARAI HARGA KENDERAAN

Sila Ambil Perhatian!

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.
UNTUK MAKLUMAN KEPADA PARA PENGGUNA PERKHIDMATAN FERI RO-RO YANG BUDIMAN.

PERKARA-PERKARA PENTINGYANG PERLU ANDA TAHU:

1) GERAN – FOTOSTAT DEPAN DAN BELAKANG.
BOLEH EMAILKAN ATAU FAXS KEPADA
langkawiroro@yahoo.com atau FAX 04-9855880.

2) SEKIRANYA KENDERAAN MILIK SYARIKAT/INDIVIDU LAIN, ANDA PERLU SERTAKAN BERSAMA SURAT KEBENARAN DARI PEMILIK BERSAMA I/C PEMANDU.

3)SEKIRANYA KENDERAAN LUAR NEGARA, ANDA PERLU ADA INSURAN MALAYSIA.

4) UNTUK TEMPAHAN ,UNTUK TEMPAHAN AWAL BOLEH DIBUAT 1 BULAN DARI TARIKH PERJALANAN ATAU SELEWAT-LEWATNYA 3 HARI SEBELUM TARIKH MASUK KE LANGKAWI.
(BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN TARIKH TERSEBUT)

5) DEPOSIT TEMPAHAN HENDAKLAH DIBUAT KE DALAM AKAUN PUBLIC BANK SYARIKAT SEPERTI DI BAWAH:

BANK: PUBLIC BANK
NAMA : LANGKAWI RO-RO FERRY SERVICES SDN BHD.
NO AKAUN : 3178 1632 22

6) SETIAP TEMPAHAN HARUSLAH BERHUBUNG DENGAN PEJABAT RO-RO YANG BERKENAAN.

RO-RO KUALA PERLIS : 04-9854881
RO-RO LANGKAWI : 04-9669881

7) SETIAP KENDERAAN HARUSLAH BERADA DI HOLDING AREA 2 JAM SEBELUM FERI BERLEPAS UNTUK TUJUAN PEMERIKSAAN KASTAM. JIKA DIDAPATI KENDERAAN TIDAK HADIR DALAM MASA 2 JAM YANG TELAH DITETAPKAN, PIHAK KAMI AKAN MEMBATALKAN BORANG KENDERAAN TERSEBUT SECARA AUTOMATIK.

8) SETIAP PEMBATALAN BORANG AKAN DIKOMPAUN SEBANYAK RM50 OLEH PIHAK KASTAM.

9) SETIBANYA ANDA DI LANGKAWI/KUALA PERLIS, ANDA PERLU MENGESAHKAN PERJALANAN PULANG ANDA DI KAUNTER RO-RO UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PERJALANAN PERGI DAN BALIK.

 

 
 
My Aroro Ferry Langkawi
 
 

Check Harga dan Jadual Terkini Feri RoroLangkawi- latest <<<<<   RORO FERRY >>>>>

Sila tengok youtube feri roro ini :

 

 Ferry ini berkeupayaan membawa hanya 45 buah kenderaan untuk setiap perjalanan. Jadi bolehlah telepon terus ke pejabat mereka atau pun melihat segala informasi terkini di website mereka diatas untuk membuat tempahan.

About Nazri Darus

Eylizar Homestay adalah Syarikat Travel Agent di Langkawi di bawah Eylizar Holidays Sdn.Bhd (1078674-P) . Mempunyai 30 buah homestay dan 10 buah Apartment serta kolam renang,Bajet Motel,Bilik Bajet di Pantai Cenang dan di pekan kuah. Menguruskan pakej rombongan pelajar dan swasta serta menyediakan perkhidmatan bas persiaran murah serta berbagai pakej percutian lain di Pulau Langkawi, Malaysia.
This entry was posted in My Roro Ferry (Kereta dan Penumpang) ke Langkawi - Eylizar and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to MY RORO FERRY PENUMPANG DAN KENDERAAN KE LANGKAWI

  1. Salam Kak

    beebaloi ka bawa kereta ke langkawi ?
    karlisa Halim recently posted…IKLAN PERCUMA SAHAM AKHIRATMy Profile

    • admin says:

      Wsalm,

      Secara jujur kalau kita datang untuk 3H2M memang tak berbaloi dengan kenderaan sendiri tetapi jika stay banyak hari mungkin berbaloi itupun jika cuti sekolah kalau hari biasa semuanya less…datang dengan van ok la…psl van yang mahal masa cuti sekolah…

      Thanks Karlisa,

  2. apiz says:

    salam

    tumpang tanya memang jadual feri roro ni ada 2 trip pergi.. dan 2 trip balik???

    • admin says:

      Wslam,

      ya seperti yang cik lihat di website nya..kerana air pasang surut di kuala perlis…nanti ferry sangkut..that why dia buat limited tu.

      cik klik link di website saya tu…terus ke websitenya..semua schedule terbaru ade situ..

      Tq,

  3. azzlinza zainal says:

    Salam …saya baru lagi mengunakan perkhidmatan langkawi roro…terima kasih adanya langkawi roro. bayak jimat drpd sblm ini. saya masuk ke langkawi 17.11.2013 dan keluar 25.11.2013 dengan langkawi roro. saya harap perkhidmatan feri langkawi roro ini akan berterusan. Terima kasih En. Azrai….

  4. akashah says:

    Roro bole bawa bas persiaran 40 penumpang tak?tq….

  5. najihah says:

    Salam
    Kalau kenderaan no plat PKV..kena guna geran asal ka?kalo guna geram copy boleh tk?cuti sekolah ni 23/10/2014 kena booking ke kalo nk hantar kereta?n kalo hantar kereta Saja n penumpang naik feri biasa boleh tk?

    • admin says:

      wslam,

      1-Ya cik kena guna geran asal.
      2- cara membawa kenderaan ada dua cara:
      -melalui Panton di kuala kedah dan juga melalui roro fery di kuala perlis.

      kalau menggunakan panton cik kena poskan kenderaan di atas panton sehari sebelum cik datang ke langkawi.
      jika cik menggunakan fery roro di kuala perlis cik boleh naik fery bersama kenderaan dengan memakan masa lebih kurang 2 jam lebih.

      ya cik kenalah membuat tempahan dulu sebelum membawa kenderaan ke langkawi.

      tq,
      eylizar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge