Pakej Murah Island Hopping di Langkawi

Pakej Murah Island Hopping di Langkawi

Para pelancong yang datang ke Langkawi boleh menyertai aktiviti Island Hopping dengan harga serendah RM40 seorang.

Island Hopping di Langkawi ini membolehkan anda melawat 3 pulau yang berada di Langkawi – Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah.

Destinasi pertama yang dibawa pemandu bot merupakan Pulau Dayang Bunting. Dan seperti yang diketahui, Pulau Dayang Bunting dinamakan sempena bentuknya yang seakan-akan seperti seorang perempuan yang mengandung.

Di Pulau Dayang Bunting, anda berpeluang untuk mandi di Tasik Dayang Bunting. Sejarahnya adalah seorang pemuda yang bernama Mat Teja jatuh hati dengan seorang wanita yang bernama Dayang. Dikatakan mereka bercinta sehingga dikurniakan seorang cahaya mata. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka dan anak itu mati selepas tujuh hari dilahirkan. Dayang mengabadikan mayat anaknya di dalam sebuah tasik. Bagi mengabadikan kisah sedih ini, tasik ini dinamakan sempena kejadian itu.

 Diingatkan bahawa ketinggian air tasik adalah lebih kurang 30 kaki atau lebih. Oleh itu, kalau anda tak pandai berenang, silalah pakai jaket keselamatan yang disediakan sebab di sini tiada lifeguard. Tapi kebanyakan yang datang ke sini hanya merendamkan kaki ke dalam air tasik banyak ikan keli terdapat didalam tasik tersebut. Anda boleh memilih untuk menyewa solar boat dengan harga RM30 per 30 minit. 

Diingatkan juga bahawa terdapat banyak monyet-monyet liar yang akan merebut makanan anda di sini. Tapi, jangan takut pada mereka sebab mereka ni tak kacau manusia. Buat pengetahuan anda, masa yang diberikan pemandu bot untuk anda meneroka Pulau Dayang Bunting adalah sejam.

Destinasi kedua adalah untuk melihat bagaimana sekumpulan burung helang mencari makan di kawasan Pulau Singa Besar – eagle feeding. Untuk aktiviti ini, anda semua hanya perhatikan burung-burung tersebut dari dalam bot sahaja.

Destinasi terakhir pula adalah pulau yang dimiliki Tan Sri Syed Al-Bukhari – Pulau Beras Basah. Tiada lain yang istimewa di pulau ini selain air lautnya yang jernih sehingga menampakkan isi lautnya dan membolehkan pelancong mencuba aktiviti snorkelling. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah swimming dan mencuba beberapa sukan air.

TIPS UNTUK AKTIVITI ISLAND HOPPING 

  • Sila pakai pakaian yang sesuai. Jadi, seeloknya, pakai lah pakaian biasa-biasa sahaja sebab pakaian korang confirm akan basah. Dan dinasihatkan jangan nak pakai kasut. Pakai selipar sudah memadai.
  • Tak perlu bawa barang banyak. Jika anda berniat untuk mandi, cuma bawa pakaian salinan yang cukup-cukup sahaja. Ini bagi memudahkan perjalanan turun naik bot anda. Dan pastikan makanan yang dibawa disembunyikan di dalam beg bagi mengelak kan makanan dicuri monyet.
  • Yang takut mabuk laut tu, bawa lah gula-gula atau asam. Jadi, boleh lah juga mengunyah waktu sedang berada atas boat. Tapi rasanya, mabuk-mabuk tu tak berlaku memandangkan pemandu boat akan bawa laju giler.
  • Awasi anak anda. Terutama nya di Tasik Dayang Bunting sebab ianya bukan macam laut – cetek terlebih dahulu dan kalau makin jauh, makin dalam.

Pakej adalah seperti berikut:

  •  Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah & Pulau singa Besar
  •  Eagel Feeding
  •  Fish Feeding
  •  Duration 4 hours
  •  Capasity 10 person/boat

Price : RM40.00/person (sharing boat)

# other activities like snorkeling set,banana boat,para sailing ..it by your own cost not include in the package.

RM320.00/boat (private boat)  10 person/boat

Call kami untuk membuat tempahan :

017-4256796  (LIZA)

email: langkawihomestay490@gmail.com

Please follow and like us:

34 thoughts on “Pakej Murah Island Hopping di Langkawi”

  1. I think that is one of the such a lot vital information for me. And i am satisfied reading your article. However want to observation on some common things, The website taste is wonderful, the articles is in reality nice : D. Just right process, cheers

  2. Jam berapa saja keberangkatan untuk island hopping?
    soalnya pesawat saya baru sampai di langkawi jam 13.00 dan kita 7 pax

  3. apakah tour island hopping ini saya dijemput di hotel?kalau dijemput di hotel jam berapa dijemput di hotelnya?

    1. Pertama sekali cik kena buat tempahan bersama kami. Sila nyatakan hotel apa cik menginap. Isloand hopping hanya ada 2 sesi ..pertama pada waktu pagi 9AM dan petang pkl 2pm.

      sila call /sms kami untuk tempahan: 017-4256796 LIZA

      Sila nyatakan nama hotel anda semasa tempahan…tiada pick up service if you are staying outside from the Kuah Town.

      tq,
      eylizar

  4. Saya nak tempah untuk 2 orang bagi aktivi island hopping di langkawi..
    Boleh terang cara macam mana nak tempah & berapa cost

    1. Boleh..tak de masaalah.
      harga untuk seorang bagi trip ini adalah RM40 shj untuk 4 jam trip dan melawat ke 3 buah Pulau. Dulu harganya RM35 shj tapi dah naik pasal minyak naik kata company boat tu.

      sila call/sms kami untuk tempahan:
      017-4256796 PN.Liza

      kalau cik tinggal sekitar pekan kuah, free shuttle to pick up.

      tq,

  5. saya tiba di langkawi hari sabtu jam 7 malam, rencana hari minggu saya mau wisata di langkawi, pagi hari saya berniat untuk ke oriental village dan naik ke gunung mak cincang dan ke telaga tujuh, kalau kita mau ikut tour island hopping yang jam 2 apakah kita masih sempat? berapa jam dari oriental village ke pekan kuah?

    1. Kalau cik naik ke gunung mat cincang dan telaga tujuh..cik takkan sempat ke island hopping kerana daripada sana ke pekan kuah memakan masa lebih kurang 45 minit.

      Tq,

  6. saya menginap di izz hotel pantai cenang, klo kita ikut island hopping yang jam 9 pagi apakah jam 2 kita msh bisa ke gunung mak cincang (jembatan langkawi) dan ke telaga tujuh?

    1. untuk pakej island hopping..jam 9 pagi bisa…tripnya hanya ambil masa 4 jam sahaja…balik island hopping bisa naik cable car dan telaga tujuh kerana tempat itu bersebelahan saja…tq

  7. oke… dari izz hotel saya ke elyzer apakah jauh? bisa dikasih tau rutenya? jdi minggu pagi saya langsung bisa kesana supaya tidak terlambat untuk mengikuti island hopping yang jam 9

    1. The jetty is at pantai cenang so no need to come here…the jetty near the resort world pantai cenang….you just drive there but before go we need to know how many person are you will join the trip?

      Tq,

    1. saya akan ke langkawi pada bulan januari.
      2 Dewasa 1baby
      saya tinggal di Delta Motel Pantai Cenang
      kalau saya nak tempah Island Hopping ini,
      pihak puan akan jemput kami ke?

      sampai langkawi 4.1.2014
      hendak ke island hopping 5.1.2014 jam 9 pagi

  8. saya kalau nk buat booking untuk private boat 2 untuk 14 dewasa 2 kanak2 bawah 4 tahun berapa harga ya . saya akan pergi ke 6hb Feb 2015 pagi

    1. Salam cik Zarina,

      Boleh tak da masaalah…..

      Minta cik hubungi saya terus untuk keterangan lebih lanjut:
      0174256796 / 0194456796
      whatsapp: +60195640251 pn.liza.

      tq,
      eylizar

    1. Assalamualaikum Cik Norul,

      Kanak2 3 thn kebawah free..yg lain sama seperti dewasa…kira seorang.

      minta whatsapp atau call saya terus 019-5640251..pn.liza..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *