Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi

Rebutlah Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi

Pastinya anda tertanya-tanya samaada Eylizar Homestay ada menyediakan pakej murah rombongan ke langkawi? Ya semestinya kami ada menyediakan pakej kepada sesiapa yang merancang ingin ke Langkawi. Bagi pihak kami semestinya ada menyediakan penginapan yang berunsurkan Homestay disini. Pakej ini kebanyakannya 3H2M yang rata-rata penginap membuat tempahan bersama kami.

Ferry langkawi

Penginapan homestay seperti yang kami telah lakukan adalah lebih di minati dan murah berbanding stay di hotel. Kami tetap juga menetapkan harga yang berpatutan kepada customer kami. Jadi banyak ejen-ejen yang merancang percutian samaada membawa murid -murid sekolah, juga Jabatan-Jabatan dan juga family yang besar.

Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi

Pihak kami ada menyediakan 4 buah unit rumah di kawasan yang sama. Bagi sebuah homestay boleh memuatkan hingga 15 orang dan jika jumlah rombongan yang datang melebihi 4 buah rumah pihak kami ada menyediakan beberapa buah rumah lagi di sekitarnya yang rata-rata jaraknya adalah berdekatan. Jikalau anda memilih home stay ianya jauh lebih murah berbanding stay di hotel atau motel. Anda hanya menyewa sebuah rumah untuk tinggal bersama dan rumah kami mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air (Rumah Terrace Semi D) di Taman Nilam Langkawi. Kawasan perumahan ini juga berdekatan Pekan Kuah dan bas-bas rombongan uga boleh memasuki kawasan Taman. Bercakap pasal makanan pihak kami juga ada menyediakan sarapan pagi,BBQ apabila diminta oleh penginap.

Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi

Lihatlah home stay kami di Taman Nilam antaranya Teratak Eylizar 1 & 2, Teratak 3,Teratak 4 dan Teratak 5, kesemuanya mempunyai kelengkapan untuk anda menjimatkan perbelanjaan rombongan anda di Langkawi. Mengapa bayar lebih sedangkan anda mampu berjimat. Jadi fikirlah dan rancanglah dengan baik untuk membuat sesuatu rombongan. Jika ada mana-mana ejen yang ingin menganjurkan rombongan ke Langkawi silalah memilih pakej Eylizar yang kami tawarkan ini.

bas rombongan langkawi

Pihak kami juga boleh mengaturkan :

  1. Tiket Ferry Kuala Perlis pergi balik.
  2. Transportation seperti van,kereta dan juga Bas pelancong beserta pemandu pelancong.
  3. Sarapan Pagi/BBQ

Melawat ketempat-tempat menarik seperti :

  1. Kabel Car Langkawi
  2. Kedai Perusahaan Gamat
  3. Makam Mahsuri
  4. Taman Burung
  5. Shopping di Idaman Suri dan HJ. Ismail Group
  6. Galeri Perdana
  7. Telaga Air Hangat
  8. Taman Buaya

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh di lawati lagi disini. Kami juga ada menyediakan pakej lain seperti :

  1. Pakej Island Hopping ke pulau-pulau menaiki bot laju unutk 4 jam ke pulau dayang bunting,pulau beras basah dan pulau singa (eagle feeding).
  2. Pakej Mangrove Tour dengan bot Laju menerokai sungai Kilim mangrove..melawat gua seperti gua kelawar,gua cerita dan memberi makan helang. Trip ini hanya 2 jam perjalanan .

Pihak kami tidak menetapkan harga disini kerana ramai daripada ejen-ejen diluar sana yang ingin membuat pakej ini jadi sebaiknya anda menghubungi kami dengan mebisi borang pertanyaan di bawah.

Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi

Pihak kami juga boleh di hubungi melalui sms/call ke :

017-4256796  LIZA

email kami : langkawihomestay490@gmail.com

About admin

Eylizar Homestay adalah Syarikat Travel Agent di Langkawi di bawah Eylizar Holidays Sdn.Bhd (1078674-P) . Mempunyai 30 buah homestay dan 10 buah Apartment serta kolam renang,Bajet Motel,Bilik Bajet di Pantai Cenang dan di pekan kuah. Menguruskan pakej rombongan pelajar dan swasta serta menyediakan perkhidmatan bas persiaran murah serta berbagai pakej percutian lain di Pulau Langkawi, Malaysia.
This entry was posted in Pakej Rombongan Eylizar Homestay Langkawi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

16 Responses to Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi

  1. Salam
    Kak Liza
    Buat Pakej untuk kita jual….Tetapkan Harga.Customer boleh membandingkan.Rezeki Allah yang tentukan.Jangan Takut nak bersaing…saya tolong jualkan
    karlisa Halim recently posted…Resepi Tom Yam Asli Satun ThailandMy Profile

  2. ana says:

    ada tak pakej 3 hari 2 malam untuk kumpulan 14 orang ( 4 dewasa 10 remaja dan kanak-kanak) ? berapa harga dan pengisian pakej

  3. aisyah says:

    Salam . Nak tanya ada tak pakej untuk pelajar IPTA seramai 25 orang . 10 lelaki 15 perempuan pada 30/10-1/11 . Kalau boleh cik email saya detail pakej yang ada . Dijangka sampai 30/10 petang . Terima kasih

  4. penginapan dom : 34 orang
    *lelaki dan perempuan belum ditetapkan

    bilik utk urusetia 3lelaki dan 3 perempuan

    pakej tour island 1hari pada 2nd day(xtermasuk cas tiket tmpat2 lain)

    min 40 org rombongan kami

    01132401424

  5. lieez lee says:

    Saya perlukan quotation pakej percutian berkumpulan seramai
    26org dewasa 6org kanak2 atas 7-12thn n 4org kanak2 bawah 5th.
    Rombong saya ini akan ke Langkawi pada awal bulan Disember 2015 (tarikh masih tentatif lgi)
    dan saya berharap pihak pn memberikan 2 quotatition dimana satu quotation all in terkandung
    * tiket ferry pergi balik dr Kuala Perlis – Langkawi – Kuala Perlis
    *transport dr Jetty – Tempat Penginapan – Jetty
    *transport bg berjalan sekitar pulau n melawat tempat2 menarik disana
    *tempat penginapan
    *sarapan pagi, mkan tengahari n malam / bbq
    Saya juga berharap pihak pn dapat menyenaraikan harga tiket masuk ke tempat yg memerlukan bayaran termasuk Pakej Island Hopping n Mangrove Tour
    Dapat le kiranya pihak pn memberikan quotation yg diminta ini dgn segera agar saya n ahli yg lain dapat membuat perbincnagan n keptusan dengan segera agar bayaran pendahuluan dapat dibuat

  6. Syarifah bt Abdul Latif says:

    Rombongan utk 2-4/11/2015
    22 org shj
    18 org murid
    4 org cikgu
    13 murid perempuan
    5 murid lelaki
    2 cikgu perempuan
    2 cikgu lelaki
    Pakej yang sesuai.
    Dengan pengangkutan
    Mohon whatsap ke 019-5463614
    Lebih bgs jika ada orang uruskan makanan

  7. nurul says:

    Sy da cb call xpernah angkt….tlg la sy nk ty da cb buat tmpahan

    • admin says:

      Assalamualaikum Cik Nurul,
      maaf mungkin lain terlalu sibuk…maklumlah cuti sekolah ..Pn.liza kerja sorang..minta call lagi diawal pagi…

      guna nombor ni…0195640251/0174256796 pn.liza..tq

  8. Suhaini says:

    Assalamualaikum…
    Saya mohon quotation pakej kumpulan utk 40 org 3 hari 2 malam ke langkawi pada tarikh
    25, 26 & 27 November 2017.
    Kesemua ahli rombongan adalah saudara mara.
    Pakej termasuk feri pergi balik,penginapan, bas n island hopping. Penginapan berbentuk homestay rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge