Persediaan Awal Percutian di Langkawi Pada Tahun Baru Cina 2013

Persediaan Awal Percutian di Langkawi Pada Tahun Baru Cina 2013

langkawi homestay-eylizar

Untuk pengetahuan anda semua kebanyakan Teratak Eylizar Homestay telah di Booking sempena cuti Tahun Baru Cina pada Febuary ini. Masih ada lagi 2-3 Teratak lagi yang masih free untuk di booking.

Disini saya ingin bercerita sedikit tentang sambutan Tahun baru Cina tahun lepas di Langkawi. Kebanjiran pelancong pada musim lepas adalah tak diduga ..sungguh ramai hinggakan Langkawi tiada bilik kosong untuk disewa kepada pelancong dan kebanyakan kereta sewa juga tiada. Saya merasa sungguh kasihan kepada keluarga yang terpaksa tidur di Masjid dan Dataran Helang.

Dataran Helang Langkawi Malaysia

Ramai rakan-rakan saya yang perihatin menyewa bilik semata-mata kasihan dengan keadaan ini dan saya amat berharap sangat agar perkara ini tidak berlaku lagi tahun ini. Saya sudah menetap disini selama lebih kurang 20 tahun dan inilah pengalaman yang amat sedih bila saya lihat kerana kebanyakannya daripadanya adalah orang Melayu kita. Jadi disini saya inginlah berpesan supaya anda merancang lebih awal percutian anda samada dengan membuat booking melalui Travel agent atau pun membuat tempahan sendiri dengan hotel-hotel ,homestay-homestay atau pun budget-budget hotel yang terdapat disini…

Tentang harga macam biasalah bila menjelang cuti sekolah memanglah tinggi sedikit kerana permintaaan yang banyak..kena pandai-pandai tawar menawarlah…dan bagi saya tentulah ingin menyiapkan homestay saya sebaik mungkin untuk tetamu-tetamu saya…bila customer saya puas hati barulah ok…

Kita semua manusia mempunyai perasaan dan dengan pengalaman saya bekerja di Hotel 5 bintang disini sedikit sebanyak membantu pengurusan Homestay yang saya lakukan. Sekarang ini pun saya masih bekeja di Hotel 5 bintang yang terkenal di Langkawi dan saya tak boleh nyatakan nama Hotel saya disini, takut company marah pulak he…he..tapi di Hotel saya tu pantainya cantik- no: 9th best beach in the world (private beach) orang luar tak boleh senang-senang masuk….eh banyak pulak cerita pasal saya….

Itu sajalah saya nak berpesan :

Rancanglah percutian Anda semoga semuanya gembira ,Insyaallah hendaknya

Eylizar homestay juga sedang mengadakan promosi pada warga Malaysia semua pada bulan January ini sempena pelancaran Teratak Eylizar yang baru serta Teratak-teratak di bawah kelolaan Eylizar Homestay. Jadi sesiapa yang tak mahu bercuti dalam keadaan yang sibuk…inilah masanya! ¬†Sifat kami yang mesra pelanggan ingin melihat anda semua ceria dan berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan oleh kami.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:

019-5640251   YUSRI

Please follow and like us:
error
This entry was posted in Cerita Homestay di Langkawi dan Malaysia, Homestay Information and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *