Tag Archives: Eylizar Homestay

Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi

Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi?

Disini saya ingin merungkaikan sedikit sebanyak tentang penginapan Homestay murah di Langkawi yang menjadi pilihan pelancong untuk bercuti di Pulau Langkawi terutamanya pelancong tempatan iaitu di dalam negara kita. Boleh dikatakan disini ramai diantara kita yang belum pernah melancong ke Langkawi apatah lagi macam mana nak dapatkan penginapan yang sesuai dan berbaloi dengan perbelanjaan anda. Jadi disini saya ingin menghuraikan serba sedikit panduan untuk anda bercuti di Langkawi dengan budget yang boleh di rancang dengan kemampuan anda semua.

apartment murah di langkawi

Pastinya anda biasa mendengar tentang Homestay, chalet, guest house dan motel dan disini saya tak nyatakan hotel kerana budgetnya memanglah lebih besar. Jadi saya fokuskan kepada yang murah dan berbaloi kepada percutian anda. Jadi topiknya tentang penginapan murah dan saya memfokuskan kearah itu.

Homestay

  • Apakah yang anda tahu tentang Homestay?

Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi?

Homestay adalah satu penginapan yang disediakan berkonsepkan tinggal atau menginap di sebuah rumah bersama tuan rumah itu sendiri serta mendapatkan pengetahuan budaya dan juga sosial masyarakat setempat.  Jadi ini adalah permulaan ketika Homestay mula-mula beroperasi di negara kita.

Manakala sekarang pula pandangannya amat berbeza berbanding keinginan dan kemahuan pelancong tempatan.

Kenapa saya berkata begitu?

Setelah homestay sudah di ketahui umum, masyarakat kita iaitu pelancong tempatan, mereka mahukan kelainan:

  • Jimat wang penginapan (untuk bilangan yang ramai).
  • Tinggal bersama satu family (sendirian) maksudnya tanpa perlu tinggal bersama tuan rumah.
  • Privacy
  • Keperluan asas yang disediakan bagi sesebuah homestay seperti (penyaman udara, mesin basuh, dapur yang lengkap, Television, Astro, buaian bayi dan bermacam lagi).
  • Lokasi – penetapan bagi lokasi percutian anda, maksudnya untuk negeri yang akan anda semua ingin lawati. Pastinya pilihan sesebuah homestay berdasarkan jarak ke sesebuah tempat menarik yang ingin mereka dilawati semasa disana. Manakala faktor lainnya pula ialah lokasi seperti berdekatan tempat makan, tempat shopping dan berdekatan pusat pentadbiran, jadi inilah yang selalunya menjadi pilihan pelancong untuk bercuti. Saya ingin tegaskan disini bahawa faktor lokasi adalah salah satu perkara yang paling dan utama bagi pelancong membuat pilihan mereka.

Bagaimana cara anda ingin mendapatkan Homestay yang sesuai , murah dan mudah?

  • Anda boleh mencarinya di dalam internet.
  • Membuat carian untuk lokasi atau negeri yang anda ingin bercuti.
  • Menilai sesebuah homestay berdasarkan feedback customer atau maklum balasnya. Selalunya dengan melihat feedback atau komen yang banyak menjelaskan homestay tersebut diminati dan mendapat pilhan pengunjung. Sebagai contohnya anda boleh lihat di website kami ( Eylizar Homestay).
  • Pastikan juga sesebuah homestay yang anda ingin tempah adalah berdaftar sama ada dengan SSM Malaysia atau pun dengan Homestay Malaysia.
  • Pastikan anda tidak menggunakan pihak ketiga.
  • Pastikan anda terus menghubungi Tuan punya Homestay  menerusi contact Form atau menelefon terus /menghantar ke system pesanan ringkas ke nombor yang dinyatakan disitu.
  • Berbincang tentang harga penginapan serta kemuskilan lokasi atau tempat menarik yang berada disekitar homestay yang anda ingin inapi.
  • Selalunya harga sesebuah penginapan seperti homestay berdasarkan  (cuti sekolah dan hari biasa) jadi jika anda ingin bercuti di musim cuti sekolah pastinya harga sesebuah homestay akan tinggi sedikit tapi ianya berbaloi kerana jumlah anda untuk tinggal di sesebuah homestay memuatkan hingga 10-15 orang untuk sebuah rumah. Cuba anda bayangkan jika anda menginap di hotel? Adakah ianya jauh lebih murah tinggal di hotel pada musim cuti ataupun Peak Season? Jadi untuk mendapatkan harga yang murah dan budget tentulah pada hari biasa maksudnya –Off Peak.
  • Merancang tarikh serta membuat tempahan awal dengan memberikan deposit untuk sesebuah homestay bagi mengelakkan ianya di tempeh oleh orang lain.
  • Melihat gambar atau photo homestay yang anda inginkan.
  • Membuat panggilan kepada tuan punya homestay sehari sebelum anda menginap disana. Berikan anggaran masa ketibaan anda.

 

Satu lagi topic yang ingin saya kupaskan ialah:

Mengapa Homestay berbeza berbanding Rest House, Guest House, Motel, Chalet dan Hotel?

Homestay adalah sebuah rumah yang mempunyai beberapa buah bilik serta bilik air dan mempunyai semua kelegkapan peralatan asas yang bercirikan tinggal seperti dirumah anda sendiri

Jadi semua ini kebanyakannya tidak terdapat di tempat penginapan yang saya sebutkan diatas selain daripada homestay. Homestay amat sesuai sekali untuk Keluarga yang mempunyai bilangan yang ramai atau pun yang datang secara berkumpulan.

 Pilihan anda untuk penginapan Homestay Murah Di Langkawi

Jadi sekiranya anda semua ingin bercuti di Pulau Langkawi dan ingin mendapatkan budget yang sesuai dengan kemampuan anda atau pun kumpulan anda pastikan anda menghubungi pihak kami iaitu Eylizar Homestay kerana pihak kami adalah salah satu syarikat di bawah Eylizar Enterprise yang menyediakan lebih daripada 13 buah homestay dan 5 buah apartment di sekitar Pulau Langkawi. Kebanyakan lokasi kami berdekatan Pekan Kuah iaitu salah satu pusat pentadbiran di Langkawi serta berdekatan tempat membeli belah dan juga tempat-tempat makan yang banyak disekitarnya. Selain itu pihak kami juga ada menyediakan seperti pakej –pakej lain iaitu Kereta Sewa berdaftar pelbagai jenis, Bas untuk kumpulan yang ramai serta aktiviti seperti Island Hopping ke 3 buah pulau di sekitar Langkawi iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa besar. Trip ini memakan masa selama 4 jam dan harganya pula amatlah berbaloi. Selain itu kami juga ada trip yang lain seperti Mangrove Tour, melawat ketempat seperti gua kelawar,gua buaya dan gua cerita dengan menggunakan bot laju didalam kawasan hutan paya bakau selama 2 jam.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi?

Dengan membuat tempahan bersama Eylizar Homestay anda boleh menjimatkan duit anda serta mendapatkan informasi tentang percutian anda disini, serta dapatkan juga pakej lain yang ditawarkan kepada anda. Pihak kami juga akan memperbaiki perkhidmatan kami dari semasa ke semasa demi menyediakan perkhidmatan penginapan terbaik untuk anda semua.

Berikan Pandangan Anda mengenai Homestay

Jadi amatlah jelas sekali bahawa Homestay di Langkawi dan Homestay di seluruh negara adalah salah satu penginapan yang budget, murah selesa dan memenuhi kriteria yang diperlukan bagi kebanyakan pelancong tempatan di negara kita. Jadi sekiranya anda tidak bersetuju dengan kenyataan saya bolehlah memberi pandangan demi mendapatkan keputusan terbaik bagi topik ini.

Please follow and like us:

Pakej Rombongan Ke Langkawi Homestay

Pakej Rombongan Ke Langkawi Homestay

Pihak Eylizar Homestay adalah salah satu syarikat yang menyediakan pakej rombongan pelajar sekolah, badan organisasi,syarikat swasta dan rombongan keluarga yang besar.

PERKEP Sarawak-Eylizar Homestay Langkawi

Pihak kami mempunyai 6 unit rumah di kawsan yang sama iaitu di satu Lorong di Taman Nilam Langkawi.Kami juga menyediakan pakej sarapan pagi dan malam atas permintaan anda jika menginap disini. Eylizar Homestay Langkawi juga menyediakan homestay yang lengkap dengan peralatan seperti Astro,peti ais,mesin basuh 2 unit Aircon yang amat selesa buat anda semua.

Disamping itu juga pihak kami ada memberikan Extra Totto dan juga bantal jika bilangan anda ramai untuk sesebuah rumah. Anda tak perlu risau tentang pengangkutan kerana Bas boleh masuk ke dalam Taman Nilam hingga kedepan penginapan anda semua.

Sekiranya pihak anda membuat tempahan untuk banyak unit homestay pihak kami akan memberikan sedikit diskaun kepada anda.

Jadi mengapa perlu tunggu lagi!

Sila call/sms kami untuk tempahan awal:

017-4256796  Pn.Liza

Email: langkawihomestay490@gmail.com

Untuk mendapat reply yang cepat sila gunakan contact form di SINI. Sila sertakan nombor telepon anda dan pihak kami akan terus menghubungi anda secepat mungkin.

Please follow and like us:

Langkawi Apartment For Rent

Langkawi Apartment For Rent

We have a few Apartments in Kuah Town to rent. In Langkawi Apartment For Rent we will offer 5 unit our apartment for all of you to rent during the holiday and non holiday season. We have 3 units at Seri Lagenda, one at Chogm Villa and one more at Century Suria apartment. Many of our guest like to rent the apartment because most of the apartment is include a swimming pool and they can enjoy with their kids.

Apartment Mawar-ruang tamu

Our apartment is a famous and most people are rent and stay with us. We are also a bigger company in Langkawi who are providing a budget and cheaper accommodation for homestay,apartment,rental car and island hopping package and mangrove.

So why still waiting..please call/sms us now! before it late…for Pakej Homestay di langkawi.

More day stay More Discount…see all our costomer comment and reply..

017-4256796  Pn.Liza

Please follow and like us:

Homestay Murah Di Pantai Cenang Langkawi

Homestay Murah Di Pantai Cenang Langkawi

Eylizar Homestay Langkawi mempunyai sebuah homestay di Pantai cenang langkawi. Homestay Teratak 9 namanya. Homestay besar sebuah rumah Banglo 4 bilik dan 2 bilik air. Jaraknya ke Pantai cenang hanya kira-kira 5 minit sahaja.

homestay murah di pantai cenang langkawi

Homestay Murah Di Pantai Cenang Langkawi

Boleh hubungi kami segera untuk tempahan homestay Teratak 9 dan juga transportation anda disini.

call/sms: 017-4256796  Pn.Liza

Homestay Murah Di Pantai Cenang Langkawi

Please follow and like us:

Kerabu Bronok Di Langkawi

Kerabu Bronok Di Langkawi

Pulau Langkawi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan sebenarnya menyimpan rahsia di sebalik hidupan lautnya. Hidupan laut yang di kenali sebagai Bronok diolah menjadi makanan eksotik iaitu kerabu.

tempat makan best di langkawi

Bronok merupakan spesies hidupan laut seakan-akan gamat atau timun laut. Ianya hidup di kawasan pantai yang berselut seperti Langkawi. Teksturnya licin seperti sotong dan ianya juga mempunyai beberapa warna seperti coklat kehitaman atau merah jambu. Bersifat kenyal dan rasanya agak masin seperti air laut.

Sifat Bronok

Ianya amay alah kepada haba dan ia akan mencair menjadi air masin jika di panaskan. Mungkin ada di antara anda yang tak berselera untuk makan selepas tengok fizikal lain seperti lintah gergasi. Tetapi bagi sesetengah orang, kerabu Bronok ni memang sedap dan menyelerakan. Bagi penduduk disekitar Langkawi kerabu Bronok ni menjadi benda wajib untuk majlis kenduri. Aku biasa pergi dengan kawan mencari Bronok ..dan caranya lebih kurang seperti kita mencari kerang di laut.

Kerabu Bronok Di Langkawi

Bahan Asas  untuk menghasilkan Kerabu Bronok.

kerabu bronok di langkawi

Untuk menyediakan kerabu Bronok ni adalah perlu di potong pangkal kepala dan ekornya bronok perlu di potong untuk membuang isi perutnya. Sila gunakan pisau yang tajam untuk menghirisnya nipis-nipis bagi menghasilkan kerabu yang sedap jadi ketilitian amatlah penting sekali.

Bahan asas untuk membuat kerabu Bronok ini sama juga dengan kerabu-kerabu lain, jadi barang-barang asasnya adalah seperti:

  • Sambal kelapa
  • Bawang
  • Cili
  • Lengkuas
  • Kerisik
  • Dan daun gajus yang dirincik halus.

Bahan-bahan tadi mestilah di gaulkan dengan bronok yang dibersihkan tadi. Sebenarnya ini pengalaman pertama aku di Langkawi. Kerana asalnya aku bukan anak jati Langkawi. Kahwin dengan orang Langkawi ni la yang membuatkan aku kenal dengan Bronok ni…mula-mula takut juga nak makan, tapi bila dah makan sampai tak cukup pula…rasanya kenyal macam kita mengunyal isi sotong….

Bronok ni ada musim-musim tertentu saja yang banyak boleh didapati disini. Dan kalau saiznya besar sangat pun tak sesuai kerana agak liat isinya, jadi kita ambil yang sedang-sedang saja.

Kerabu Bronok Di Langkawi

Bronok di langkawi

Pada sesiapa yang baru kali pertama lihatnya amat geli sekali kalau nak pegang…dalam badannya hanya Nampak air saja.

Jadi kalau ke Langkawi ni janganlah lepaskan peluang untuk mencuba kerabu bronok ni…kawasan yang banyak Bronok di Langkawi ni adalah di kawasan sebelah Padang Matsirat berdekatan International Airport Langkawi.

Jadi selamat mencuba makanan di langkawi dengan melawat tempat makan best di sekitar Pulau Langkawi.

Jika anda ingin mencuba kerabu bronok ini anda bolelah cuba di kedai ini yang juga di kategorikan antara yang termurah di langkawi.

1- Restoran Kak Yan di Jalan Ulu Melaka, Padang Matsirat berhadapan Sekolah Ugama Maktab Mahmud.

2- HBL Restoran bersebelahan kedai Shaari Gamat di tengah Pekan Kuah di belakang Hotel Bayview Langkawi.

Please follow and like us:

Langkawi Duck Tours

Langkawi Duck Tours

Dubbed as the first land and sea adventure in Malaysia, the Langkawi Duck Tours in a 38-seater craft is one of the attractions thing to do in Langkawi Island.

Langkawi Duck Tours

Visitors are able to enjoy a 45 minute amphibious adventure around Oriental Village to the Perdana Quay Bay. The craft will then enter the sea at Perdana Quay Bay -Light House and cruise towards inside the Perdana Quay Bay. Visitors can also find interesting views of the Mount of Matchincang, Perdana Quay Bay,Sailing Boat, Dato’Azhar Mansor boat and Cable Car during the duck tour on sea. This duck tour will give visitors a unique view of the bay and mountain history and charms without taking two separate rides.

Ticketing Kiosk Location.
Oriental Village

Admission Fee

Adult – RM 38.00
Child (12 years old and below) – RM 22.00

Langkawi Duck Tours

Operation Hour

Operate Daily from 9.00 a.m. to 7.00 p.m.

Contact Details

+6012-2046554

Please follow and like us:

3 Apartment Terbaru Eylizar Sudah Beroperasi

3 Apartment Terbaru Eylizar Sudah Beroperasi

Kerana permintaan pelanggan yang tinggi terhadap penginapan berkonsepkan Apartment jadi pihak Eylizar Homestay telah membuka lagi 3 buah Apartment yang menjadikan 5 buah kesemuanya Di Langkawi. Apartment 3 bilik dan bercirikan Homestay menjadi pilihan ramai kerana mempunyai kolam renang dan lokasinya yang strategik iaitu di Pekan Kuah Langkawi.

apartment murah di langkawi

Banyak komen-komen yang kami terima rata-ratanya berkehendakkan kami menyediakan banyak lagi Apartment, jadi inilah yang Eylizar dapatkan agar semua customer kami dapat apa yang diinginkan semasa percutian di Langkawi ini. Buat masa sekarang Eylizar Homestay adalah salah satu syarikat Homestay yang terbesar di Langkawi yang mempunyai 13 buah Homestay, 4 buah Rest House dan 5 buah Apartment di Pekan Kuah Langkawi.

Jadi jika anda atau ada sahabat handai anda ingin ke Langkawi segeralah membuat tempahan bersama Eylizar. Pihak kami bukan saja menyediakan penginapan disini malahan kami juga menyediakan pakej lain seperti kereta sewa, pakej island hopping dan juga mangrove tour. Jadi bak kata kami akan uruskan penginapan serta aktiviti semasa percutian anda di Langkawi.

3 Apartment Terbaru Eylizar Sudah Beroperasi

apartment at langkawi island

Baru saja di buka ianya sudah mendapat tempahan pada keesokan harinya…inilah tanda-tandanya customer amat percayakan pakej service yang kami tawarkan.

* Pihak kami memberikan diskaun kepada customer kami yang menginap lebih daripada 3H2M.

* Kereta sewa berlesen -semua jenis kenderaan termasuk bas dan guide

* 5 buah Homestay yang berdekatan satu sama lain dan amat sesuai untuk group.

* Booking seawal yang mungkin bagi mengelakkan ianya sudah ditempah.

Jadi rancanglah percutian anda bersama Eylizar Homestay di Langkawi, tempah segera sebelum terlambat.

3 Apartment Terbaru Eylizar Sudah Beroperasi

Tips- Jika anda ingin berjimat semasa bercuti maka rancanglah percutian anda datang pada -(hari biasa iaitu bukan cuti sekolah dan cuti perayaan) pada cuti sekolah dan perayaan harga akan tinggi sedikit daripada kebiasaan.

Please follow and like us:

Eylizar Homestay di Front Page Google Web Search Di Semua Negeri

Eylizar Homestay di Front Page Google Web Search Di Semua Negeri

Just to share untuk semua bahawa Eylizar Homestay di Front Page Google Web Search Di Semua Negeri di Malaysia. Saya hanya menggunakan short you Tube dengan gambar tempat-tempat menarik di tiap-tiap negeri. Edit lebih kurang 2 minit..lepas tu post terus…bummmm dalam masa lebih kurang 5 minit …terus lekat di Front page…hairankan. Tak payah SEO dan tak payah karang 1000 patah perkataan kerana nak rank kat depan.

Korang bayangkan berapa banyak unique visitor saya dapat sehari…tapi bulan puasa dan selepas raya kurang la sedikit. Tapi Hari Raya ketiga je bummm naik balik…syukur…inilah salah satu kajian yang saya lakukan selama berbulan. Jadi Eylizar Homestay banyak mendapat customer disebabkan traffic yang tinggi ni.

Tengok salah satu yang saya print screen daripada google websearch ni:

Korang taip saja di Google websearch Tempat Menarik untuk di lawati di (semua negeri di Malaysia ni) confirm eylizar homestay dengan nama (nazri darus) ada di front page..cuma Sabah dan Sarawak jer tak dan buat Insyaallah dalam masa terdekat saya akan buat..jadi boleh tengok tarikh saya post.

Eylizar Homestay di Front Page Google Web Search Di Semua Negeri

(insyaallah saya akan buat satu tutorial dlm youtube untuk yang berminat) so nantikan…

beribu duit saya habiskan untuk proses nak dapat rank di depan ni…tapi last-last dapat juga..

salah satu tip yang saya nak bagi tau adalah :

KEYWORD– ini yang menjadi ibu bagi segala perkara. Anda boleh cari keyword yang sesuai  di Google Keyword Tool yang google berikan.

Seterusnya adalah contentnya…mestilah berdasarkan keyword tersebut…

Maaflah buat sifu-sifu semua,webmaster atau guru pasal tujuan saya hanya nak share sahaja maklumlah saya ni baru jer belajar membuat website sendiri dan berblogging tetapi syukur alhamdullah website saya juga di front page google websearch bagi Homestay di Langkawi.

Eylizar Homestay di Front Page Google Web Search Di Semua Negeri

Moga anda juga boleh dapat rank dan traffic daripada apa yang saya nyatakan disini.

P/s- Boleh share dan komen pendapat anda…maaf saya ni baru jer belajar harap maaf jika ada salah dan silap. (Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada Eylizar Homestay)

Please follow and like us:

Pengalaman Island Hopping Di Langkawi

Reblogg this post from:

My Butter and Chees Blog

Pengalaman Island Hopping di Langkawi

Salam sahabat semua,
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman island hopping di Pulau Langkawi. Ini merupakan kali kedua saya dan suami ke Langkawi setelah kunjungan kami yang pertama adalah hampir 5 tahun lepas. Pengalaman ke Langkawi kali ini agak berbeza kerana perancangan dibuat oleh suami secara spontan dan kami ke sana pula menaiki keretapi KTM dari KL Sentral ke Arau Perlis.

Pengalaman yang cukup-cukup bermakna buat kami terutamanya saya yang pertama kali menaiki keretapi… Saya sangat-sangat teruja biarpun dalam perjalanan ke sana, kami tidak dapat tidur dek kerana suasana yang bising di kabin kelas ketiga. Ada antara penumpangnya berdengkur dengan sungguh kuat dan menganggu penumpang lain.. Bila diingat-ingat semula memang kelakar! Tapi, itulah yang dikatakan pengalaman…

Kami mengambil pakej Island Hopping di Terminal Feri Pekan Kuah, di tempat yang sama kami menempah kereta sewa. Harga bagi seorang dewasa adalah RM45. Aktiviti ini menyediakan 2 sesi iaitu sebelah pagi dan juga di sebelah petang. Peserta boleh memilih untuk menaiki bot di Terminal Feri Pekan Kuah ataupun di Pantai Cenang. Kami memilih untuk menyertai aktiviti ini di sebelah pagi bermula jam 9 hingga jam 1 petang.

island hopping di langkawi

Di Jeti, menunggu bot untuk aktiviti Island Hopping
Pakaian yang bersesuaian bagi aktiviti island hopping ini adalah pakaian untuk mandi laut iaitu seluar trek dan tshirt. Ada di antara peserta yang memakai pakaian untuk bersiar-siar kerana tidak tahu pakaian yang bersesuaian. Sudahnya, mereka hanya dapat memerhati sahaja peserta lain mandi manda di pantai dan juga di tasik.

Suka saya kongsikan beberapa tips bagi yang menyertai aktiviti ini untuk membawa bekalan air dan makanan secukupnya kerana aktiviti ini mengambil masa yang agak lama dan tidak ada orang yang berniaga makanan mahupun minuman di pulau-pulau yang dilawati. Bekalan makanan dan minuman ini perlu dibawa dalam beg galas kerana jika anda membawanya dalam beg plastik, maka bekalan anda akan menarik perhatian monyet-monyet yang berkeliaran di Pulau Dayang Bunting kelak.

island hopping di langkawi

Pulau Beras Basah; destinasi pertama Island Hopping
Jam 9 pagi, kami seramai 10 orang dibawa dalam sebuah bot ke destinasi pertama iaitu Pulau Beras Basah.

island hopping di langkawi

Pantai di Pulau Beras Basah yang sungguh cantik
Di sini peserta boleh mandi manda ataupun mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan disini seperti parasailing, snorkelling atau banana boat.

island hopping di langkawi

Parasailing di Pulau Beras Basah
Di Pulau ini juga tidak ada kemudahan tandas jadi pengunjung terpaksalah plan ‘pembuangan’ sebaik-baiknya.

island hopping di langkawi

Tiada kemudahan tandas di Pulau Beras Basah
Setelah sejam kami disini, kami dibawa pula ke destinasi memberi makan burung helang atau “Eagle Feeding”. Di sini, kami hanya duduk di dalam boat dan melihat helang yang berlegar-legar di angkasa mencari mangsa iaitu ikan-ikan di laut.

island hopping di langkawi

Helang yang berterbangan di angkasa
Menurut pemandu bot kami, dulu pelancong dibenarkan memberi makan burung helang tetapi dek kerana masalah pencemaran laut dan juga keselamatan, pelancong tidak lagi dibenarkan memberi makan burung-burung helang di sini.

pakej island hopping di langkawi

Burung helang yang menyambar makanannya
Destinasi ketiga kami pula iaitu ke Pulau Dayang Bunting. Sebaik menghampiri pulau ini, jelas kelihatan pulau ini yang membentuk seolah-olah seorang perempuan mengandung yang sedang berbaring. Kami tiba di pulau ini dengan disambut oleh monyet-monyet liar yang berkeliaran mencari beg plastik yang dibawa pengunjung.

pakej island hopping di langkawi

Monyet yang banyak berkeliaran di tasik ini
Ada antara ahli kumpulan kami yang membawa beg plastik berisi air mineral dirampas oleh monyet di sini. Mujurlah dia tidak diapa-apakan oleh monyet tersebut.

pakej island hopping di langkawi

Sebelum mendaki ke Tasik Dayang Bunting
Tiba di pulau ini, kami perlu memanjat bukit tersebut untuk ke Tasik Dayang Bunting. Walaupun penat memanjat bukit tersebut, namun hasilnya sungguh berbaloi. Cantik sungguh pemandangan tasik tersebut dengan airnya yang berwarna hijau.

island hopping murah di langkawi

Pemandangan tasik dayang bunting yang sungguh mendamaikan
Disini, pelancong dibenarkan mandi manda di tasik ataupun menaiki bot solar yang boleh disewa dengan harga RM30 selama setengah jam atau paddle boat dengan harga RM20 juga selama setengah jam.

island hopping murah di langkawi

Bot solar dan bot paddle yang boleh disewa di sini
Disini juga tidak ada Life Guard jadi segala aktiviti di sini adalah atas tanggungjawab sendiri.

island hopping murah di langkawi

Peringatan untuk pengunjung
Menurut lagenda tasik dayang bunting, sesiapa yang berkehendakkan cahayamata perlu minum air di tasik ini dan berniat mudah-mudahan Allah mengurniakannya anak. Bagi yang hendak minum atau mengambil air di tasik ini, pengunjung dinasihatkan agar mengambilnya di tengah tasik kerana air di tepi tasik agak tercemar dengan aktiviti mandi manda.

island hopping murah di langkawi

Asal usul nama Tasik Dayang Bunting
Kami menghabiskan masa di tasik ini selama lebih kurang dua jam dan mendaki semula bukit untuk menaiki bot untuk pulang ke Terminal Jeti Pekan Kuah.

island hopping murah di langkawi

Pengunjung boleh mandi manda di tasik atau sekadar bermain air
Dalam perjalanan pulang, pemandu bot membawa kami melihat Gua Kelawar dan Pusat Ternakan Ikan dengan tambahan harga RM10 seorang. Aktiviti tambahan ini merupakan optional dan tidak terdapat dalam pakej Island Hopping.

island hopping murah di langkawi

Gua Kelawar
Di Gua Kelawar kami berkesempatan melihat kelawar yang bergantungan di dinding gua.

island hopping langkawi

Pusat Ternakan Ikan
Manakala di Pusat Ternakan Ikan pula, kami berkesempatan memberi makan ikan-ikan yang diternak di dalam sangkar.

island hopping langkawi

Ikan di sini memang garang!
Selesai aktiviti tersebut, kami dibawa pulang semula ke Terminal Feri dan perlu bersiap-siap untuk check out hotel dan menaiki Feri untuk ke Terminal Feri Kuala Perlis. Tiket keretapi KTM kami jam 7 petang, dan kali ini kami merasai pengalaman menaiki keretapi Kelas Pertama yang ada kabin dan ruang tidur. Walaupun harga tiket Kelas Pertama dan Kelas Ketiga adalah dua kali ganda, namun pengalaman menaikinya adalah yang paling menyeronokkan.

island hopping langkawi

Pemandangan Langkawi dari hotel tempat kami menginap
Pengalaman island hopping di Langkawi ini membuatkan kami teruja untuk ke Langkawi semula. Dek kerana keterujaan tersebut maka kami telahpun membeli tiket keretapi KTM untuk hujung minggu ini dan kali ini kami akan menyertai aktiviti Snorkelling di Pulau Payar pula. Insya Allah, pulang dari Langkawi nanti akan saya kongsikan pula pengalaman snorkelling di sana….

P/s- Ini adalah salah satu cerita mengenai Island Hopping di Langkawi..jadi anda pun boleh merasai sama seperti blogger ini.

P/s- Thanks for sharing this article…saya akan sharekan untuk semua..

Please follow and like us:

Homestay Langkawi Murah

Homestay Langkawi Murah

Booking homestay langkawi murah untuk menjimatkan duit anda bersama Eylizar Homestay Langkawi. Kami menyediakan lebih daripada 20 buah homestay,apartment,kereta sewa dan juga pakej island hopping dan mangrove tour untuk anda semua nikmati. Pihak kami akan memberikan keselesaan yang diinginkan oleh anda semua.

Eylizar Homestay Langkawi

Homestay langkawi murah lengkap daripada segala keperluan disamping tiada caj tambahan untuk permintaan lebih seperti extra toto,bantal,selimut dan lain-lain lagi. Anda buatlah perbandingan sendiri samaada mahu tinggal di hotel atau di homestay. Jika anda mahu jimat maka staylah di salah satu homestay kami…tentu lebih jimat dan sempurna serta nikmati pakej murah kami di langkawi.

Booking segera sebelum terlambat…..

  • homestay
  • apartment
  • kereta sewa
  • island hopping
  • mangrove tour
  • bas untuk disewa
Please follow and like us: