Tag Archives: langkawi homestay

Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi

Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi?

Disini saya ingin merungkaikan sedikit sebanyak tentang penginapan Homestay murah di Langkawi yang menjadi pilihan pelancong untuk bercuti di Pulau Langkawi terutamanya pelancong tempatan iaitu di dalam negara kita. Boleh dikatakan disini ramai diantara kita yang belum pernah melancong ke Langkawi apatah lagi macam mana nak dapatkan penginapan yang sesuai dan berbaloi dengan perbelanjaan anda. Jadi disini saya ingin menghuraikan serba sedikit panduan untuk anda bercuti di Langkawi dengan budget yang boleh di rancang dengan kemampuan anda semua.

apartment murah di langkawi

Pastinya anda biasa mendengar tentang Homestay, chalet, guest house dan motel dan disini saya tak nyatakan hotel kerana budgetnya memanglah lebih besar. Jadi saya fokuskan kepada yang murah dan berbaloi kepada percutian anda. Jadi topiknya tentang penginapan murah dan saya memfokuskan kearah itu.

Homestay

  • Apakah yang anda tahu tentang Homestay?

Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi?

Homestay adalah satu penginapan yang disediakan berkonsepkan tinggal atau menginap di sebuah rumah bersama tuan rumah itu sendiri serta mendapatkan pengetahuan budaya dan juga sosial masyarakat setempat.  Jadi ini adalah permulaan ketika Homestay mula-mula beroperasi di negara kita.

Manakala sekarang pula pandangannya amat berbeza berbanding keinginan dan kemahuan pelancong tempatan.

Kenapa saya berkata begitu?

Setelah homestay sudah di ketahui umum, masyarakat kita iaitu pelancong tempatan, mereka mahukan kelainan:

  • Jimat wang penginapan (untuk bilangan yang ramai).
  • Tinggal bersama satu family (sendirian) maksudnya tanpa perlu tinggal bersama tuan rumah.
  • Privacy
  • Keperluan asas yang disediakan bagi sesebuah homestay seperti (penyaman udara, mesin basuh, dapur yang lengkap, Television, Astro, buaian bayi dan bermacam lagi).
  • Lokasi – penetapan bagi lokasi percutian anda, maksudnya untuk negeri yang akan anda semua ingin lawati. Pastinya pilihan sesebuah homestay berdasarkan jarak ke sesebuah tempat menarik yang ingin mereka dilawati semasa disana. Manakala faktor lainnya pula ialah lokasi seperti berdekatan tempat makan, tempat shopping dan berdekatan pusat pentadbiran, jadi inilah yang selalunya menjadi pilihan pelancong untuk bercuti. Saya ingin tegaskan disini bahawa faktor lokasi adalah salah satu perkara yang paling dan utama bagi pelancong membuat pilihan mereka.

Bagaimana cara anda ingin mendapatkan Homestay yang sesuai , murah dan mudah?

  • Anda boleh mencarinya di dalam internet.
  • Membuat carian untuk lokasi atau negeri yang anda ingin bercuti.
  • Menilai sesebuah homestay berdasarkan feedback customer atau maklum balasnya. Selalunya dengan melihat feedback atau komen yang banyak menjelaskan homestay tersebut diminati dan mendapat pilhan pengunjung. Sebagai contohnya anda boleh lihat di website kami ( Eylizar Homestay).
  • Pastikan juga sesebuah homestay yang anda ingin tempah adalah berdaftar sama ada dengan SSM Malaysia atau pun dengan Homestay Malaysia.
  • Pastikan anda tidak menggunakan pihak ketiga.
  • Pastikan anda terus menghubungi Tuan punya Homestay  menerusi contact Form atau menelefon terus /menghantar ke system pesanan ringkas ke nombor yang dinyatakan disitu.
  • Berbincang tentang harga penginapan serta kemuskilan lokasi atau tempat menarik yang berada disekitar homestay yang anda ingin inapi.
  • Selalunya harga sesebuah penginapan seperti homestay berdasarkan  (cuti sekolah dan hari biasa) jadi jika anda ingin bercuti di musim cuti sekolah pastinya harga sesebuah homestay akan tinggi sedikit tapi ianya berbaloi kerana jumlah anda untuk tinggal di sesebuah homestay memuatkan hingga 10-15 orang untuk sebuah rumah. Cuba anda bayangkan jika anda menginap di hotel? Adakah ianya jauh lebih murah tinggal di hotel pada musim cuti ataupun Peak Season? Jadi untuk mendapatkan harga yang murah dan budget tentulah pada hari biasa maksudnya –Off Peak.
  • Merancang tarikh serta membuat tempahan awal dengan memberikan deposit untuk sesebuah homestay bagi mengelakkan ianya di tempeh oleh orang lain.
  • Melihat gambar atau photo homestay yang anda inginkan.
  • Membuat panggilan kepada tuan punya homestay sehari sebelum anda menginap disana. Berikan anggaran masa ketibaan anda.

 

Satu lagi topic yang ingin saya kupaskan ialah:

Mengapa Homestay berbeza berbanding Rest House, Guest House, Motel, Chalet dan Hotel?

Homestay adalah sebuah rumah yang mempunyai beberapa buah bilik serta bilik air dan mempunyai semua kelegkapan peralatan asas yang bercirikan tinggal seperti dirumah anda sendiri

Jadi semua ini kebanyakannya tidak terdapat di tempat penginapan yang saya sebutkan diatas selain daripada homestay. Homestay amat sesuai sekali untuk Keluarga yang mempunyai bilangan yang ramai atau pun yang datang secara berkumpulan.

 Pilihan anda untuk penginapan Homestay Murah Di Langkawi

Jadi sekiranya anda semua ingin bercuti di Pulau Langkawi dan ingin mendapatkan budget yang sesuai dengan kemampuan anda atau pun kumpulan anda pastikan anda menghubungi pihak kami iaitu Eylizar Homestay kerana pihak kami adalah salah satu syarikat di bawah Eylizar Enterprise yang menyediakan lebih daripada 13 buah homestay dan 5 buah apartment di sekitar Pulau Langkawi. Kebanyakan lokasi kami berdekatan Pekan Kuah iaitu salah satu pusat pentadbiran di Langkawi serta berdekatan tempat membeli belah dan juga tempat-tempat makan yang banyak disekitarnya. Selain itu pihak kami juga ada menyediakan seperti pakej –pakej lain iaitu Kereta Sewa berdaftar pelbagai jenis, Bas untuk kumpulan yang ramai serta aktiviti seperti Island Hopping ke 3 buah pulau di sekitar Langkawi iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa besar. Trip ini memakan masa selama 4 jam dan harganya pula amatlah berbaloi. Selain itu kami juga ada trip yang lain seperti Mangrove Tour, melawat ketempat seperti gua kelawar,gua buaya dan gua cerita dengan menggunakan bot laju didalam kawasan hutan paya bakau selama 2 jam.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Homestay Murah Di Langkawi?

Dengan membuat tempahan bersama Eylizar Homestay anda boleh menjimatkan duit anda serta mendapatkan informasi tentang percutian anda disini, serta dapatkan juga pakej lain yang ditawarkan kepada anda. Pihak kami juga akan memperbaiki perkhidmatan kami dari semasa ke semasa demi menyediakan perkhidmatan penginapan terbaik untuk anda semua.

Berikan Pandangan Anda mengenai Homestay

Jadi amatlah jelas sekali bahawa Homestay di Langkawi dan Homestay di seluruh negara adalah salah satu penginapan yang budget, murah selesa dan memenuhi kriteria yang diperlukan bagi kebanyakan pelancong tempatan di negara kita. Jadi sekiranya anda tidak bersetuju dengan kenyataan saya bolehlah memberi pandangan demi mendapatkan keputusan terbaik bagi topik ini.

Please follow and like us:

Langkawi Arts And Crafts Community

Langkawi Arts And Crafts Community

The actual Langkawi Hobby Difficult is located in picturesque Teluk Yu throughout Mukim Bohor. It can be directly about 21 km’s from Kuah community through the particular Ulu Melaka highway in addition to 24 km’s from Langkawi Air port. This is a one-stop Malaysian disciplines in addition to projects hub overflowing with much sought-after handicrafts – from forest-based solutions, fabric, ceramics for you to metallic artefacts in addition to gorgeous art work items symbolizing the many Malaysian ethnic organizations.

Langkawi Arts And Crafts Community

Langkawi Arts And Crafts Community

With the showing hub from the sophisticated, readers may study on knowledgeable craftsmen, who will prove the particular elaborate methods connected with producing nearby handicrafts such as weaving, batik painting, lumber carving, plaiting in addition to a glass throwing out. Also about display are usually static representations connected with marriages in addition to customs connected with Malaysians. A history in addition to Figures part demonstrates the particular colourful issues with Langkawi’s stories in addition to misguided beliefs by way of dioramas.

Please follow and like us:

Place To Visit Langkawi Crystal Factory

Place To Visit Langkawi Crystal Factory

Interested by the actual art work associated with crystal-making while on an area next to Venice, 2 Malaysians proven Langkawi Crystal as well as after some time, just what begun as being a respectful glass-blowing property continues to grow right remarkably reputable crystal ware output hub.

Place To Visit Langkawi Crystal Factory

Langkawi Crystal’s pieces tend to be desired because of their exclusive layout as well as uncompromising good quality. Shunning the actual mass-production molds of several European suppliers, just about every object is hand-crafted, presenting fascinating free-form overall look not often found throughout crystal ware.

Goods tend to be created making use of standard flaring techniques, any challenging method necessitating accurate as well as pace – the actual a glass should be excited, taken as well as fashioned in a several simple units or perhaps the actual molten a glass will quickly spill.

Place To Visit Langkawi Crystal Factory

Regardless of these demands, just about every craftsman loves the task of producing as well as perfecting just about every subject.
Styles, excellent craftsmanship as well as special types include the hallmarks associated with Langkawi Crystal, transforming just about every part of amazingly in works of art associated with art work.

Please follow and like us:

Island Hopping Langkawi Schedule

Island Hopping Langkawi Schedule

Pihak Eylizar Homestay menyediakan beberapa pakej termasuk Island Hopping. Dan semestinya Island Hopping Langkawi shedule adalah satu benda atau perkara yang anda
perlu tahu sebelum mengikuti pakej ini. Pakej ini terbahagi kepada 2 iaitu untuk pakej sharing boat dan pakej Private boat.

This trip is by a fast boat which will take four hours to cover 3 islands.

Bagi pakej Sharing boat harganya adalah :
RM40 untuk seorang di Kuah/Pantai cenang-RM35 seorang
manakala bagi private boat pula:
RM 320
max kapasiti untuk sebuah bot adalah sebanyak 8-10 orang dan minimumnya pula 2 orang.

Manakala bagi Island Hopping Langkawi Shedule pula adalah seperti:
Hanya 2 trip saja yang dilakukan untuk sehari memandangkan satu trip memakan masa selama 4 jam.
Shedule untuk trip pertama adalah disebelah pagi:
9.00 pagi

Manakala shedule untuk sebelah petang pula adalah:
2.00 petang

Trip 4 jam tersebut merangkumi pulau -pulau:
1-Pulau Dayang Bunting (Langkawi Pragnent Maiden)
2-Pulau Singa Besar (Big Lion Island)- disini dimana anda akan diperlihatkan satu aktiviti menarik iaitu memberi makan burung Helang.
3-Pulau Beras Basah (Wet Rice Island)- Anda bolehlah membuat aktiviti seperti,fish feeding,mandi di pantainya yang cantik,manakala snorkeling dan banana bot kenalah bayar sendiri.

 Island Hopping Langkawi Shedule

Anda akan dibawa ke pulau-pulau tersebut menggunakan bot laju..memang best pergi ke sana..disini saya nak bagi tip sikit bila ke sana…
Antara Tip-Tipnya adalah:
1- Pakai pakaian yang mudah untuk diri anda basah.
2- Bawa tuala sekali kerana nanti nak mandi di Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting. Di Pulau Beras Basah ada satu perigi air tawar yang hairannya di tepi laut.
3- Bawa makanan dan minuman ringan yang anda perlukan untuk semasa trip ini.
4- Kalau boleh segala barangan tersebut hendaklah di bawa dengan beg. Ini kerana banyak monyet di pulau dayang bunting..last time masa saya pergi anak saya bawa
pop corn so monyet pun lompat kebadannya dan ambil keropok tu..nasib baik tak ada apa..
5- Duit tu bawa la sikit kerana kalau anda nak naik sampan kayuh atau sewa snorkeling set dan naik banana boat.

Pesan saya janganlah bawa barang banyak sangat ataupun yang berat-berat kerana apabila anda nak ke pulau dayang bunting kena mendaki sikit…orang muda tak pe la.

kalau anda nak tengok gambar-gambar saya dan family pergi ke semua lokasi tu klik sini >>> Island Hopping Langkawi Package Best 2013 <<<

Island Hopping Langkawi Shedule

Satu lagi kadang-kadang kami ada group untuk 40 orang jadi pihak kami menggunakan bot yang lebih besar hingga boleh memuatkan sehingga 20 orang untuk sebuah
bot:
harganya untuk sebuah bot besar 20 paxs ialah:
RM500 sahaja.

Jadi jikalau anda ingin membuat tempahan samaada sebelum anda datang ke Langkawi atau menginap di homestay langkawi atau hotel di langkawi bolehlah menghubungi
pihak kami.Deposit tempahan yang kami kenakan adalah sebanyak RM100 sahaja dan anda boleh depositkan ke akaun kami.

Satu lagi free pick up sekiranya anda menginap atau berada di sekitar Pekan Kuah….ingat hanya di sekitar Pekan Kuah sahaja ..jikalau anda berada di luar kawasan
pekan kuah anda hendaklah memandu sendiri ke Jetty Pelancongan Langkawi iaitu berdekatan Bangunan Pekan Rabu Langkawi.

Island Hopping Langkawi Shedule

Sila call/sms kami ke: 017-4256796  LIZA

ataupun email kami: langkawihomestay490@gmail.com

ataupun kalau boleh tinggal comment atau mengisi form di bawah.

Please follow and like us:

Hikayat Dongeng Pulau Dayang Bunting

Hikayat Dongeng Pulau Dayang Bunting

Ini adalah salah satu hikayat dongeng berkenaan Pulau Dayang Bunting Di Langkawi. Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang  jin bernama Mambang Sari tinggal di Pulau Langkawi. Pada suatu hari Mambang Sari pergi bermain-main dengan dayangnya di suatu tempat yang di panggil Teluk Air Tahun.

Pulau dayang bunting

Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya. Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.

Hikayat Dongeng Pulau Dayang Bunting

Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama “Tuk Diang”.

Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi. Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir.

Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.

Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.

Hikayat Dongeng Pulau Dayang Bunting

Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya.

Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.

Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.

Hikayat Dongeng Pulau Dayang Bunting

Hikayat juga dan cerita orang tua-tua mengatakan ada jelmaan Buaya putih di tengah tasik dan sesiapa yang mulutnya capul akan mendapat balasan. Juga ada mengatakan bahawa jika di bawa keluar airnya daripada kawasan itu, air tersebut akan menjadi masin yang sebaliknya tawar di tasik tersebut. Jarak terdekat tasik itu dengan air laut adalah begitu hampir sekali hinggakan jika air laur bergelora kadang-kadang air laut masuk kedalamnya…tetapi air di tasik tersebut masih tawar. Terbaru semasa saya dan family ke sana banyak pelancong suka melawat tempat tersebut….jika anda semua ingin kesana anda bolehlah booking trip Island Hopping…

Please follow and like us:

Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi

Rebutlah Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi

Pastinya anda tertanya-tanya samaada Eylizar Homestay ada menyediakan pakej murah rombongan ke langkawi? Ya semestinya kami ada menyediakan pakej kepada sesiapa yang merancang ingin ke Langkawi. Bagi pihak kami semestinya ada menyediakan penginapan yang berunsurkan Homestay disini. Pakej ini kebanyakannya 3H2M yang rata-rata penginap membuat tempahan bersama kami.

Ferry langkawi

Penginapan homestay seperti yang kami telah lakukan adalah lebih di minati dan murah berbanding stay di hotel. Kami tetap juga menetapkan harga yang berpatutan kepada customer kami. Jadi banyak ejen-ejen yang merancang percutian samaada membawa murid -murid sekolah, juga Jabatan-Jabatan dan juga family yang besar.

Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi

Pihak kami ada menyediakan 4 buah unit rumah di kawasan yang sama. Bagi sebuah homestay boleh memuatkan hingga 15 orang dan jika jumlah rombongan yang datang melebihi 4 buah rumah pihak kami ada menyediakan beberapa buah rumah lagi di sekitarnya yang rata-rata jaraknya adalah berdekatan. Jikalau anda memilih home stay ianya jauh lebih murah berbanding stay di hotel atau motel. Anda hanya menyewa sebuah rumah untuk tinggal bersama dan rumah kami mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air (Rumah Terrace Semi D) di Taman Nilam Langkawi. Kawasan perumahan ini juga berdekatan Pekan Kuah dan bas-bas rombongan uga boleh memasuki kawasan Taman. Bercakap pasal makanan pihak kami juga ada menyediakan sarapan pagi,BBQ apabila diminta oleh penginap.

Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi

Lihatlah home stay kami di Taman Nilam antaranya Teratak Eylizar 1 & 2, Teratak 3,Teratak 4 dan Teratak 5, kesemuanya mempunyai kelengkapan untuk anda menjimatkan perbelanjaan rombongan anda di Langkawi. Mengapa bayar lebih sedangkan anda mampu berjimat. Jadi fikirlah dan rancanglah dengan baik untuk membuat sesuatu rombongan. Jika ada mana-mana ejen yang ingin menganjurkan rombongan ke Langkawi silalah memilih pakej Eylizar yang kami tawarkan ini.

bas rombongan langkawi

Pihak kami juga boleh mengaturkan :

  1. Tiket Ferry Kuala Perlis pergi balik.
  2. Transportation seperti van,kereta dan juga Bas pelancong beserta pemandu pelancong.
  3. Sarapan Pagi/BBQ

Melawat ketempat-tempat menarik seperti :

  1. Kabel Car Langkawi
  2. Kedai Perusahaan Gamat
  3. Makam Mahsuri
  4. Taman Burung
  5. Shopping di Idaman Suri dan HJ. Ismail Group
  6. Galeri Perdana
  7. Telaga Air Hangat
  8. Taman Buaya

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh di lawati lagi disini. Kami juga ada menyediakan pakej lain seperti :

  1. Pakej Island Hopping ke pulau-pulau menaiki bot laju unutk 4 jam ke pulau dayang bunting,pulau beras basah dan pulau singa (eagle feeding).
  2. Pakej Mangrove Tour dengan bot Laju menerokai sungai Kilim mangrove..melawat gua seperti gua kelawar,gua cerita dan memberi makan helang. Trip ini hanya 2 jam perjalanan .

Pihak kami tidak menetapkan harga disini kerana ramai daripada ejen-ejen diluar sana yang ingin membuat pakej ini jadi sebaiknya anda menghubungi kami dengan mebisi borang pertanyaan di bawah.

Pakej Murah Rombongan Ke Langkawi

Pihak kami juga boleh di hubungi melalui sms/call ke :

017-4256796  LIZA

email kami : langkawihomestay490@gmail.com

Please follow and like us:

Cheap Accommodation at Langkawi Island

Cheap Accommodation at Langkawi Island

Travelling to Malaysia especially Langkawi Island offers up opportunities to indulge in a number of once in a lifetime experiences, from beautiful beach above Langkawi Island dramatic scenery to beautiful 104 Island surrounded or clear water. With so many fantastic Langkawi attractions to fill your day with, it’s very important to make sure you can find the right home stay, hotel or apartments accommodation to help you get a good night’s sleep.

Langkawi Cable Car

Whether you’re looking for a touch of place such as cheap home stay accommodation, or more inclined towards backpacker hotel and apartments, you’ll easily find the right Langkawi Island cheap accommodation for your needs when planning your to Langkawi Island travel adventure.

With a smile around every corner, Langkawi is home stay to some of the world’s best hosts, and they’re all highly qualified in helping you make the most of your stay in their ‘slice of paradise’ of cheap staying for hotel and apartments around. So whatever type of great Langkawi accommodation you choose, you can rest assured that your Langkawi Island travel experience will create lasting memories!

From the holiday park to home stay, hotel or apartments, here is a list of the different types of Langkawi Island accommodation you can find…

Home stay and Apartments

If you’re looking for Langkawi Island accommodation and are at all unsure about what you can expect from a Langkawi Island home stay or apartment, this should help.

Home stay or Apartments in Langkawi Island offer guests the cheap comforts of being at home while travelling. They can accommodate group sizes of up to 4 to 15 people with 1, 2 or 3 separate bedrooms closed off from living areas. Home stay or Apartments are separated into different areas for kitchen, living and dining normally with an open plan feel. It is normal to find a live in or onsite manager at a Langkawi home stay or apartment complex. Home stay or Apartments generally provide free onsite parking unless you’re staying at a central city home stay or apartment. Apartment kitchens generally provide tea and coffee making facilities and

Apartment Century Suria

come fully equipped with all the utensils you would expect to find at home.

Hotel

Are you wanting to come over to Langkawi Island and stay in a Hotel, but not sure about what Langkawi Island hotels offer. Here is some helpful information for you.

Langkawi Island has a range of hotels from popular world class establishments to small country pubs and boutique hotels. Larger hotels will come with multiple rooms which vary in size and type, smaller boutique hotels come with less rooms but are generally very stylish and unique and country pub hotels have clean and pleasant facilities often in modernized historic buildings which vary in price according to their level of luxury. Langkawi Island also hosts some large international chains which are found in the major centers or popular tourist destinations.

As a general rule hotels have bar and restaurant facilities and additional extras often include a swimming pool and gymnasium also some good environmental such as a rainforest and mountain. Common features in the rooms are a telephone, an alarm clock, a television and internet connectivity. Some hotels also have a mini-bar with snack foods and drinks and there may be facilities for making hot drinks.

Home Stay

Langkawi Island have a lot of Home stay accommodation options all over. Here is what to expect.

Home stay accommodation is exactly that, house stay. This type of accommodation is designed so that you have all the comforts of home. Your own home away from home with all the privacy you need and desire. Motels, cottages, apartments, holiday homes and batches can, depending what they offer, also be classed as home stay. Some home stay accommodations will also have the option of being daily serviced and there will always be a responsible person on hand for you comfort and information.

langkawi hotel

You will generally have from one to three bedrooms, a fully equipped kitchen including a refrigerator (minus the food, although some basics may be included, such as coffee, tea, sugar and milk), a full lounge and laundry. Additional extras that you can usually expect are television, radio, phone, iron and internet connectivity and linen. Some of the home stay accommodations offer a swimming pool and/or spa, gymnasium and recreational facilities.

Something different

Tired of the standard accommodation options available to you. Let us tell you about some of the variety out there.

Langkawi Island is proud of its uniqueness and the things that make it so special. So as you travel Langkawi Island you will stumble across places to stay that really are different. From staying in a boot to experiencing a sleep in a wagon to escaping technology and electricity you may never know what to expect. The best advice we can give you is to search for yourself and don’t be afraid to give it a go. You will definitely find some pretty special places.

Langkawi best beach

Rental car also available at Langkawi Island and it easy for you to drive around the island and it chipper and worth for your money…most of your host have it also you can get it from the hotel or apartments that you stay.

Please follow and like us:

Langkawi Island Of Malaysia

Langkawi Island Of Malaysia

Langkawi island is definitely an archipelago involving 104 islands lying from the north developed coast involving Peninsular Malaysia. The complete location of those tropical islands is at the site the location where the Straits involving Malacca meets the waters on the Andaman Seas.

Langkawi Island-Eagle Square

The largest of those islands is known as Langkawi Island and it is bigger versus Penang Island. The some other islands with this group are usually Island involving Pregnant First (Pulau Dayang Bunting), Lion Island (Pulau Singa Besar) as well as Beras Basah Island. The smallest of those islands are usually atolls roughly the dimensions of an ordinary house!

This island is unique in the actual sense so it has so many legendsand myths associated with it. Langkawi Island is therefore otherwise known as Pulau Lagenda or even Legendary Island.

The most discussed legend is actually that involving Mahsuri who’s said to possess laid the curse with this island pertaining to seven generations. Luckily the time scale of this curse is finished now as well as Langkawi Island is rapidly becoming a internationally accepted tourist vacation spot.

The federal of Malaysia has declared the entire Langkawi Island as a duty totally free zone. Hence this island is also termed Obligation Free Island. All goods sold with this island are usually exempted through government levy. Therefore this Legendary Island can be a haven with the shoppers. You only have to stay throughout Langkawi for no less than 48 hours for taking back home a practical amount involving tax totally free goods.

Please follow and like us:

Tempat Menarik Di Pulau Langkawi Untuk Di Lawati

Tempat Menarik Di Pulau Langkawi Untuk Di Lawati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga yang mengikuti website saya ini. Disini saya akan memberikan sedikit sebanyak tentang tempat-tempat menarik di langkawi untuk dilawati semasa anda semua disini.

Langkawi Map

1. Dataran Helang (Eagle Square)

Dataran Helang Langkawi

2. Kota Mahsuri @Makam Mahsuri

Makam Mahsuri Langkawi

3. Pantai Cenang

pantai cenang langkawi

4. Beras Terbakar

beras terbakar padang matsirat langkawi

5. Telaga Habour

telaga harbour park

6. Cable Car

langkawi cable car

7. Air Terjun Telaga Tujuh

telaga tujuh

8. Taman Buaya Langkawi

Taman buaya langkawi

9. Air Terjun Temurun

air terjun temurun

10. Pantai Awam Teluk Yu

Pantai teluk yu

11. Komplek Kraf Langkawi

komplek kraf langkawi

12. Pantai Pasir Hitam

Pantai Pasir Hitam Langkawi

13. Pantai Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu

14. Telaga Air Hangat

Pantai Tanjung Rhu

15. Air Terjun Durian Perangin

 Air Terjun Durian Perangin

16. Taman Burung langkawi

17. Underwater world Langkawi

 Underwater world Langkawi

Jadi inilah sedikit sebanyak tentang tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi untuk dilawati oleh anda sekeluarga.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan sila gunakan comment form yangdisediakan..insyaallah pihak kami akan menjawabnya…

Sebarang pertanyaan /booking homestay atau tempat penginapan sila call/sms kami:

017-4256796  LIZA

email : langkawihomestay490@gmail.com

Please follow and like us:

Coklat Langkawi Murah Di Pekan Kuah

kedai coklat langkawi murah

Coklat Langkawi Murah Di Pekan Kuah

Jikalau anda di Langkawi bolehlah anda dapatkan Coklat Langkawi Murah Di Pekan Kuah dimana lokasinya adalah di HIG- ataupun Perniagaan Haji Ismail Group. Mereka Mempunyai rangkaian besar di seluruh Langkawi ..jadi tak hairanlah harga coklat di Langkawi ni murah-murah jer.

Sekarang HIG telah membuka sebuah lagi gedung membeli belahnya serta gedung coklatnya di hadapan Balai Polis IPD Langkawi. Kami mencadangkan kepada penginap homestay kami untuk mendapatkan coklat murah di sekitar pekan kuah. Kalau nak tahu macam mana nak cari kedai HIG ..cari bangunan atau kedai yang berwarna Hijau..Coklat Langkawi Murah Di Pekan Kuah , samaada bangunan itu sendiri ataupun signboardnya.

Coklat Langkawi Murah Di Pekan Kuah , Kita support sikit orang Bumiputera kita. HIG juga ada menjual berbagai jenis produk dan tak semestinya coklat ..yang lain pun ada contohnya pinggan mangkuk , beg, sudu set, milamine , kain batikdan coklat murah. Salah satu kedainya

adalah di dalam pusat bandar Kuah iaitu di Jalan Pandak Mayah berdekatan dengan CIMB bank. Didalam kedai tersebut hanya jual coklat murah jer…berbagai jenis sampai nak beli pun tak tahu..tapi kebanyakan penginap homestay kami suka beli coklat Daim..mereka kata sedap…tapi memang sedap pun…heee. Jadi kepada penginap atau sesiapa yang nak tahu lokasinya just tanye jer Insyaallah kami akan jawab….

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang COKLAT HJ.Ismail Group —-LIHAT

Jadi selamat membeli coklat murah di Langkawi Pekan Kuah….semoga jumpa anda disini nanti belilah Coklat Langkawi Murah Di Pekan Kuah .

Please follow and like us: