Tag Archives: roro feri langkawi

MY RORO FERRY PENUMPANG DAN KENDERAAN KE LANGKAWI

MY RORO FERRY PENUMPANG DAN KENDERAAN KE LANGKAWI

Berita hebat ketahui lebih lanjut (Jadual perjalanan dan Harga Terkini ) Ferry Ro Ro di antara salah satu ferry yang boleh bawa kereta anda dan family bersama terus ke Langkawi daripada Kuala Perlis dengan hanya memakan masa selama 2 jam sahaja. Tetapi Ferry ni tidaklah seperti ferry penumpang yang biasa perjalanannya. Buat sementara ini Ferry Aroro hanya akan mempunyai satu atau dua trip sahaja sehari kerana masaalah air pasang surut di Kuala Perlis.

My Roro ferry Langkawi

Ferry ini telah beroperasi pada 3hb September yang lalu dan mendapat sambutan yang tinggi daripada pelancong dalam negara yang ingin membawa kereta sendiri ke Pulau Langkawi.

PANDUAN UNTUK HARGA BOLEH KLIK SINI: SENARAI HARGA KENDERAAN

Sila Ambil Perhatian!

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.
UNTUK MAKLUMAN KEPADA PARA PENGGUNA PERKHIDMATAN FERI RO-RO YANG BUDIMAN.

PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU ANDA BAWA/ SEDIAKAN UNTUK PROSES TEMPAHAN:

1) GERAN – FOTOSTAT KENDERAAN DEPAN DAN BELAKANG.
BOLEH EMAILKAN ATAU FAXS KEPADA
langkawiroro@yahoo.com atau FAX : 04-9855880.

2) SEKIRANYA KENDERAAN MILIK SYARIKAT/INDIVIDU LAIN, ANDA PERLU SERTAKAN BERSAMA SURAT KEBENARAN DARI PEMILIK BERSAMA SALINAN I/C PEMANDU.

3)SEKIRANYA KENDERAAN LUAR NEGARA, ANDA PERLU ADA INSURAN MALAYSIA.

4) UNTUK TEMPAHAN ,UNTUK TEMPAHAN AWAL BOLEH DIBUAT 1 BULAN DARI TARIKH PERJALANAN ATAU SELEWAT-LEWATNYA 3 HARI SEBELUM TARIKH MASUK KE LANGKAWI.
(BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN TARIKH TERSEBUT)

5) SETIAP TEMPAHAN HARUSLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN PEJABAT RO-RO YANG BERKENAAN.

RO-RO KUALA PERLIS : 04-9854881
RO-RO LANGKAWI       : 04-9669881

7) SETIAP KENDERAAN HARUSLAH BERADA DI HOLDING AREA 2 JAM SEBELUM FERI BERLEPAS UNTUK TUJUAN PEMERIKSAAN KASTAM. JIKA DIDAPATI KENDERAAN TIDAK HADIR DALAM MASA 2 JAM YANG TELAH DITETAPKAN, PIHAK KAMI AKAN MEMBATALKAN BORANG KENDERAAN TERSEBUT SECARA AUTOMATIK.

8) SETIAP PEMBATALAN BORANG AKAN DIKOMPAUN SEBANYAK RM50 OLEH PIHAK KASTAM.

9) SETIBANYA ANDA DI LANGKAWI/KUALA PERLIS, ANDA PERLU MENGESAHKAN PERJALANAN PULANG ANDA DI KAUNTER RO-RO UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PERJALANAN PERGI DAN BALIK.

 

 
 
My Aroro Ferry Langkawi
 
 

Boleh Check Harga dan Jadual Terkini Feri RoroLangkawi- latest <<<<<   RORO FERRY >>>>>

Sila tengok youtube feri roro ini :

 

 Ferry ini berkeupayaan membawa hanya 45 buah kenderaan untuk setiap perjalanan. Jadi bolehlah telepon terus ke pejabat mereka atau pun melihat segala informasi terkini di website mereka diatas untuk membuat tempahan.

 

Untuk lihat Pakej Percutian terkini di Langkawi 2019 boleh klik –  SINI

 

Please follow and like us: