Tag Archives: tempat makan sedap di langkawi

Kerabu Bronok Di Langkawi

Kerabu Bronok Di Langkawi

Pulau Langkawi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan sebenarnya menyimpan rahsia di sebalik hidupan lautnya. Hidupan laut yang di kenali sebagai Bronok diolah menjadi makanan eksotik iaitu kerabu.

tempat makan best di langkawi

Bronok merupakan spesies hidupan laut seakan-akan gamat atau timun laut. Ianya hidup di kawasan pantai yang berselut seperti Langkawi. Teksturnya licin seperti sotong dan ianya juga mempunyai beberapa warna seperti coklat kehitaman atau merah jambu. Bersifat kenyal dan rasanya agak masin seperti air laut.

Sifat Bronok

Ianya amay alah kepada haba dan ia akan mencair menjadi air masin jika di panaskan. Mungkin ada di antara anda yang tak berselera untuk makan selepas tengok fizikal lain seperti lintah gergasi. Tetapi bagi sesetengah orang, kerabu Bronok ni memang sedap dan menyelerakan. Bagi penduduk disekitar Langkawi kerabu Bronok ni menjadi benda wajib untuk majlis kenduri. Aku biasa pergi dengan kawan mencari Bronok ..dan caranya lebih kurang seperti kita mencari kerang di laut.

Kerabu Bronok Di Langkawi

Bahan Asas  untuk menghasilkan Kerabu Bronok.

kerabu bronok di langkawi

Untuk menyediakan kerabu Bronok ni adalah perlu di potong pangkal kepala dan ekornya bronok perlu di potong untuk membuang isi perutnya. Sila gunakan pisau yang tajam untuk menghirisnya nipis-nipis bagi menghasilkan kerabu yang sedap jadi ketilitian amatlah penting sekali.

Bahan asas untuk membuat kerabu Bronok ini sama juga dengan kerabu-kerabu lain, jadi barang-barang asasnya adalah seperti:

  • Sambal kelapa
  • Bawang
  • Cili
  • Lengkuas
  • Kerisik
  • Dan daun gajus yang dirincik halus.

Bahan-bahan tadi mestilah di gaulkan dengan bronok yang dibersihkan tadi. Sebenarnya ini pengalaman pertama aku di Langkawi. Kerana asalnya aku bukan anak jati Langkawi. Kahwin dengan orang Langkawi ni la yang membuatkan aku kenal dengan Bronok ni…mula-mula takut juga nak makan, tapi bila dah makan sampai tak cukup pula…rasanya kenyal macam kita mengunyal isi sotong….

Bronok ni ada musim-musim tertentu saja yang banyak boleh didapati disini. Dan kalau saiznya besar sangat pun tak sesuai kerana agak liat isinya, jadi kita ambil yang sedang-sedang saja.

Kerabu Bronok Di Langkawi

Bronok di langkawi

Pada sesiapa yang baru kali pertama lihatnya amat geli sekali kalau nak pegang…dalam badannya hanya Nampak air saja.

Jadi kalau ke Langkawi ni janganlah lepaskan peluang untuk mencuba kerabu bronok ni…kawasan yang banyak Bronok di Langkawi ni adalah di kawasan sebelah Padang Matsirat berdekatan International Airport Langkawi.

Jadi selamat mencuba makanan di langkawi dengan melawat tempat makan best di sekitar Pulau Langkawi.

Jika anda ingin mencuba kerabu bronok ini anda bolelah cuba di kedai ini yang juga di kategorikan antara yang termurah di langkawi.

1- Restoran Kak Yan di Jalan Ulu Melaka, Padang Matsirat berhadapan Sekolah Ugama Maktab Mahmud.

2- HBL Restoran bersebelahan kedai Shaari Gamat di tengah Pekan Kuah di belakang Hotel Bayview Langkawi.

Please follow and like us:

Tempat Makan Best Di Langkawi 2013

Tempat Makan Best Di Langkawi 2013

Cuba lihat Senarainya di bawah ni

Lokasi Diantara Tempat Makan Best di Langkawi 2013 di Pekan Kuah

  • EE Burger Trimula Cafe –lokasi di belakang hotel Bella Vista . (buka malam sahaja)
  • Restoran Saujana –Lokasi di belakang hotel bella vista (buka malam sahaja)
  •  Wan Thai Restaurant – lokasi di Langkawi Mall (bersebelahan Hotel Bahagia) buka siang dan Malam.
  • Kedai Makan Shaari Gamat (HBL) -banyak lauk pauk dan juga ikan bakar beserta ulam ulaman , Berdekatan Bayview Hotel (makan tengahari ).
  • Restoran Pak Ya Nasi Ayam – Dekat berdekatan NAZA MOTOR (buka pada waktu siang sahaja)
  • GM Burger – Lokasi di Pekan Kelibang,Kuah bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell (Western food,char kuey teow,local food dan beraneka burger) Buka lewat petang dan malam.
  • Man Seafood Jetty Kuah – Berdekatan Jeti kuah terminal berhadapan Dataran Helang Langkawi, hanya berada di tepi jalan menuju ke Jeti terminal.
  • Restoran Satu Malaysia – Tawaran beraneka jenis makanan antaranya Shellout dan lambout di Dataran Helang pekan Kuah Langkawi.
  • YB Corner Foodcourt – bersebelahan hotel Eagle Bay pekan kuah berhadapan Garden. Petang hingga lewat malam.
  • Restoran Nasi Kandar Haji Ali 24jam – pekan kuah di dataran Marble dan bersebelahan pejabat penilaian.
  • Restoran Zainas – Bersebelahan Idaman Suri Pekan Kuah (makan tengahari).

LAKSA POWER PANTAI AIRPORT LANGKAWI

Ianya berada di kawasan tepi laut berhampiran airport Langkawi dan PULAPOL Langkawi. Tempat ni dibuka pada waktu petang sehingga malam. diantara menunya :

Laksa power, bihun sup, cendol, rojak dan banyak lagi.

Gerai Laksa power di langkawi airport padang matsirat

Gerai Laksa power di langkawi airport padang matsirat

tempat makan best di langkawi

tempat makan best di langkawi

Laksa Power Langkawi- semua orang pekena cendol

Laksa Power Langkawi-pandangan ke laut

Laksa Power Langkawi memang best di langkawi airport

Saya cadangkan kepada Tetamu Eylizar Homestay serta kepada semua yang membaca website kami ke tempat ini..best santai sambil tengok matahari terbenam..beserta hembusan angin laut ..banyak juga gerai-gerai lain terdapat disini…beraneka jenis pilhan. (tak payah pakai kipas) Great Sunset View.

Jika ada sebarang pertanyaan dan tempahan sila call :

013-4076422 – KI


BEST SEAFOOD RESTAURANT

RESTORAN NELAYAN JALAN BUKIT MALUT 

Baru-baru ini saya berkesempatan lagi pergi ke Restoran Nelayan Jalan Bukit Malut ini kerana membawa rombongan homestay iaitu kanak-kanak OKU serta guru-guru mereka. Mereka semua dari SMK Taman Bunga Raya ,Bukit Beruntung untuk menjamu selera. Tuan kedai tersebut Encik Rashid amatlah pemurah dan mesra pelanggan. Boleh dikatakan ikan-ikan serta hasil lautnya amatlah fresh dan masakan pun sedap. Restaurant ini dibuka seawal jam 5 petang hingga ke larut malam. Suasana di kawasan paya bakau serta berhampiran jetty nelayan amat menenangkan bila menjamu selera.

Restaurant Nelayan Jalan Bukit Malut

Jetty Nelayan di langkawi

langkawi seafood restoran

langkawi seafood restoran

langkawi seafood restoran

langkawi seafood restoran

tempat makan best di langkawi seafood

tempat makan best di langkawi seafood
tempat makan best di langkawi seafood

memang sedap sangat dan seronok berbual dengan cik Rashid ni…katanya juga dbeliau baru membuka satu lagi kedai berdekatan situ jugak dan menawarkan makanan seafood juga. Kedai barunya hanya 100 meter jarak dari kedai lama beliau…kalau kita datang dari Pekan Kuah ikut Jalan Bukit Malut kita akan jumpa kedai baru beliau dulu..

Apa-apa pun saya cadangkan kepada anda semua kena try makan di Restaurant beliau …dan saya memang syorkan kepada customer saya pergi makan malam disitu semasa menginap di homestay kami.

Jikalau ada sebarang pertanyaan sila hubungi terus:

EN. RASHID : 012-4372541


Lokasi Tempat Makan di PANTAI CENANG & PADANG MATSIRAT

  • Restoran Jom Ikan Bakar- tengah pekan padang matsirat (makan tengahari)
  • Halim Gulai Panas – Berdekatan bulatan padang matsirat Langkawi Airport.
  • Chef Corner – Berdekatan bulatan padang matsirat Langkawi Airport.
  • Restoran Kak Yan – Berdekatan Sekolah Agama Maktab Mahmud Jln Ulu Melaka (sarapan dan juga makan tengahari-banyak lauk pauk)

Tempat best untuk merasai suasana Langkawi Fish Farm Floating Restaurant (mangrove river)

Kami daripada pihak Eylizar Homestay Langkawi akan memberi update terbaru kepada anda semua Insyaallah saya akan lampirkan gambar-gambar bagi setiap restaurant yang akan saya jelajahi…Hanya untuk anda semua…

Please follow and like us: