Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati Pantai Pasir Tengkorak

Pantai pasir tengkorak-langkawi malaysia

Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati Pantai Pasir Tengkorak

Salam 1 Malaysia serta salam mesra kepada semua Warga Malaysia dan kawan-kawan saya semua.

Pulau Langkawi Malaysia kaya dengan pantainya yang bersih dan sejuk mata memandang…antara pantai yang cantik untuk bermandi manda adalah Pantai Pasir Tengkorak. Ianya terletak di Jalan Datai Langkawi berada di kawasan hutan simpan Langkawi…kawasannya apabila malam memanglah sunyi kerana tiada penempatan disitu. Kalau anda nak tahu Muzium Allahyarham Ibrahim Hussain ada berdekatan situ dan rasanya

dah isterinya pun dah berpindah ke tempat lain.

Pantai ini akan penuh bila hari cuti dan kiranya jika tidak cuti sekolah banyak keluarga sekitar Langkawi akan berkelah disini…bakar ikan,sambil mandi…betul-betul enjoy..

Satu yang masaalahnya bila nak balik ..kerana anak-anak tak mahu balik sampai kena pujuk..adussss…

Disini juga banyak sekolah-sekolah membuat camping 2-3 hari ..kawasan ini dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Hutan Langkawi yang berpusat di Bandar kuah.

Kiranya anda disini cubalah pergi untuk mandi laut pastinya anda terpaksa memujuk anak anda untuk balik…..

About admin

Eylizar Homestay adalah salah satu Syarikat Travel Agent di Langkawi di bawah Eylizar Holidays Sdn.Bhd (1078674-P) . Menawarkan pilihan penginapan sekitar Pulau langkawi dengan15 unit Homestay dan 10 Unit Apartment/Kondominium kolam renang, Pakej Motel, Villa,Chalet, Bilik Bajet di Pantai Cenang dan di sekitar Pekan Kuah. Menguruskan Pakej Rombongan pelajar dan swasta serta menyediakan perkhidmatan bas persiaran murah, Kereta sewa pandu sendiri serta berbagai pakej percutian lain di Pulau Langkawi, Malaysia. Hubungi kami segera untuk pertanyaan lanjut : +6019-5640251 / +6017-4256796 Pn.Liza.
This entry was posted in Activities In Langkawi, Eylizar - Langkawi Island and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati Pantai Pasir Tengkorak

  1. Nizam says:

    Kalau cuti sekolah banyak ke orang kat sana? kalau ok nak ajak keluarga pergi mandi laut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge