Teratak 6 Kini Dibuka untuk Tempahan bagi Tetamu yang mencari Homestay di Langkawi.

Rumah Teratak 6 ini dimiliki oleh Tuan Haji Maton dan Puan Hajjah Saharah dan di bawah kelolaan Eylizar Langkawi Homestay. Lokasi Rumah beliau adalah di Kampung Sungai Itau kira-kira 5 minit perjalanan ke Durian Perangin Waterfall dan 10 minit ke Telaga Air Hangat. Rumah beliau sangat besar dan homestay yang dimaksudkan ini adalah didalam rumah yang sama. Sebelah bahagian rumah dijadikan homestay untuk disewa. Jarak masa perjalanan dari rumah beliau ke Pekan Kuah adlah lebih kurang 20 minit.
Bilik Utama

Ruang bilik utama yang amat luas beserta bilik air suasana bilik ini terasa seperti baru mula-mula kahwin dulu…Bilik ini dilengkapi sistem penghawa dingin lengkap.
Bilik 2

Bilik 2 ini juga mempunyai ruang yang luas serta bilik air, juga cuba anda lihat satu katil queen size dan katil double decker.
Bilik 3

Bilik 3 ini juga amat luas dan membuatkan saya rasa boleh bilik ini boleh dimuatkan seramai 8 atau 9 orang. Bilik air tiga adalah diluar kawasan bilik.
Bilik Air

Seperti yang saya nyatakan tadi bilik air dirumah ini adalah 3 jadi amatlah selesa jika seluruh keluarga anda dapat mandi dalam masa yang sama. Kesemua bilik air adalah sama seperti ini.
Ruang Tamu

Ruang Tamu mewah seperti anda dirumah sendiri luas dan elegant.
Ruang Makan

Ruang makan juga disediakan apabila anda menginap disini.
Kemudahan-kemudahan yang ada di Teratak 6.
- Bilik Utama -Aircond
- Bilik kedua – Aircond
- Bilik ketiga -kipas siling
- Kipas siling untuk semua bilik
- 3 bilik air (master bedroom/bilik 2/bilik 3 tandas diluar bilik)
- Toto extra + bantal
- Astro + TV
- Sejadah dan Telekung
Lokasi Teratak 6 berdekatan:
- 20 minit ke pekan Kuah
- 10 minit ke Durian Perangin Waterfall
- 15 minit ke Telaga Air Hangat
- 5 minit Masjid Sungai Itau
- 20 minit ke Pantai Tanjung Rhu
- 30 minit ke Langkawi Kabel Car
- 35 minit ke Langkawi Airport
KLIK UNTUK KE TERATAK SETERUSNYA>>>>>>>>>>
View Larger Map
Extra Servis jika diminta:
Sarapan Pagi sahaja,anda perlulah memaklumkan kepada tuan rumah sekiranya anda ingin menempah sarapan pagi dan bayarannya pula hendaklah dirunding dengan Tuan rumah sendiri.
Jikalau dilihat keadaan rumah ini adalah jauh lebih besar dan luas ini amatlah selesa bagi keluarga yang besar. terus terang saya katakan maximum untuk Teratak 6 ini boleh memuatkan seramai 20 orang atau lebih.
Kadar harga yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Bukan Hari Cuti Sekolah
RM 280 sehari
Cuti Sekolah
RM 300
Harga ini adalah berbaloi dan berpatutan berdasarkan struktur rumah yang besar serta ruang yang selesa.
Rumah ini masih Kosong untuk ditempah!
Sila Hubungi atau SMS kami diEylizar Langkawi Homestay secepat mungkin untuk membuat tempahan.
019-5640251 YUSRI
017-4256796 LIZA
Deposit sebanyak RM100 diperlukan untuk menempah Teratak 6 ini. Akaun bank terdapat di Homepage kami disebelah kanan sidebar.
- Twitter Eylizar Langkawi Homestay
https://twitter.com/langkawistay1















































Saya dari kuala lumpur…nak cari rumah untuk satu family besar ..rumah ni ok ke tuan…beri advise boleh…dengan pekan jauh tak?
Rumah ni memang besar.. biliknya juga besar2 jauh sikit dari pekan tapi langkawi pusing2 jumpa jugak..saya rekomen family besar ambik rumah ni…kalau nak order breakfast tuan rumah boleh siapkan…
Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Dengan ini saya sertakan butiran:
-Tarikh dijangka 24 hingga 26 May 2013
-Penginapan utk 11org Dewasa & 2org Kanak-kanak
-tiket feri return (jeti kuala perlis)
-sewa van utk 12 seater
-trip island hoping & eagle feeding
-tiket kereta kabel & under waterworld
saya berharap pihak Tuan/Puan dapat memberikan sebut harga yg terbaik dan mengikut bajet.
Salam Cik Noradiana,
1. Bagi Penginapan 24-26hb May (3h2m) RM500 Untuk Teratak 2.
2. Transportation -RM 600 bagi 3h2m (van Preggio).
3. Tiket ferry cik boleh dapatkan online ( http://www.langkawi-ferry.com/ebooking/booking1.asp )
4.Island Hopping trip 4 jam -melawat 3 pulau (pulau dayang bunting,pulau beras basah dan pulau singa) didalam ini termasuk juga eagle feeding.
5.Untuk tiket underwater world dan kabel car langkawi tak boleh booking online so saya lampirkan link untuk cik.
# underwaterworld > http://www.underwaterworldlangkawi.com.my/indexmenu.html
#Kabel car langkawi > http://www.panoramalangkawi.com/
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami..
TQ,
Eylizar
salam tuan,
saya ingin membuat percutian ke langkawi serta butiran:
1) tarikh cdangan 28 – 30 june 2013
2) dewasa 15org dan knk² 2org
3) teratak 6 untuk disewa(28 – 30 june 2013)
4) pengangkutan 12 seater
5) hoping island
mohon tuan menyediakan sebutharga pada butiran² diatas.
sekian,
Salam Cik Fitri,
Terima kasih kerana menghubungi Eylizar Homestay..rasanya cik dah pun buat pilihan..
Tq,
eylizar
salam tuan,
saya ingin membuat percutian ke langkawi:
tarikh
salam tuan,
saya ingin membuat percutian ke langkawi serta butiran:
1) tarikh cdangan 28 – 30 june 2013
2) dewasa 15org dan knk² 2org
3) teratak 6 untuk disewa(28 – 30 june 2013)
4) pengangkutan 12 seater
5) hoping island
mohon tuan menyediakan sebutharga pada butiran² diatas.
sekian,
Waaa cantik juga
, Besar juga bilik tu ya,
Terima kasih cik Dhilang,
Ya rumah ni besar dan sesuai sekali untuk keluarga yang besar.rumahnya besar dan homestay dan owner staying side by side.
Tq,
eylizar