Tag Archives: Tempat makan best di Langkawi

Kerabu Bronok Di Langkawi

Kerabu Bronok Di Langkawi

Pulau Langkawi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan sebenarnya menyimpan rahsia di sebalik hidupan lautnya. Hidupan laut yang di kenali sebagai Bronok diolah menjadi makanan eksotik iaitu kerabu.

tempat makan best di langkawi

Bronok merupakan spesies hidupan laut seakan-akan gamat atau timun laut. Ianya hidup di kawasan pantai yang berselut seperti Langkawi. Teksturnya licin seperti sotong dan ianya juga mempunyai beberapa warna seperti coklat kehitaman atau merah jambu. Bersifat kenyal dan rasanya agak masin seperti air laut.

Sifat Bronok

Ianya amay alah kepada haba dan ia akan mencair menjadi air masin jika di panaskan. Mungkin ada di antara anda yang tak berselera untuk makan selepas tengok fizikal lain seperti lintah gergasi. Tetapi bagi sesetengah orang, kerabu Bronok ni memang sedap dan menyelerakan. Bagi penduduk disekitar Langkawi kerabu Bronok ni menjadi benda wajib untuk majlis kenduri. Aku biasa pergi dengan kawan mencari Bronok ..dan caranya lebih kurang seperti kita mencari kerang di laut.

Kerabu Bronok Di Langkawi

Bahan Asas  untuk menghasilkan Kerabu Bronok.

kerabu bronok di langkawi

Untuk menyediakan kerabu Bronok ni adalah perlu di potong pangkal kepala dan ekornya bronok perlu di potong untuk membuang isi perutnya. Sila gunakan pisau yang tajam untuk menghirisnya nipis-nipis bagi menghasilkan kerabu yang sedap jadi ketilitian amatlah penting sekali.

Bahan asas untuk membuat kerabu Bronok ini sama juga dengan kerabu-kerabu lain, jadi barang-barang asasnya adalah seperti:

  • Sambal kelapa
  • Bawang
  • Cili
  • Lengkuas
  • Kerisik
  • Dan daun gajus yang dirincik halus.

Bahan-bahan tadi mestilah di gaulkan dengan bronok yang dibersihkan tadi. Sebenarnya ini pengalaman pertama aku di Langkawi. Kerana asalnya aku bukan anak jati Langkawi. Kahwin dengan orang Langkawi ni la yang membuatkan aku kenal dengan Bronok ni…mula-mula takut juga nak makan, tapi bila dah makan sampai tak cukup pula…rasanya kenyal macam kita mengunyal isi sotong….

Bronok ni ada musim-musim tertentu saja yang banyak boleh didapati disini. Dan kalau saiznya besar sangat pun tak sesuai kerana agak liat isinya, jadi kita ambil yang sedang-sedang saja.

Kerabu Bronok Di Langkawi

Bronok di langkawi

Pada sesiapa yang baru kali pertama lihatnya amat geli sekali kalau nak pegang…dalam badannya hanya Nampak air saja.

Jadi kalau ke Langkawi ni janganlah lepaskan peluang untuk mencuba kerabu bronok ni…kawasan yang banyak Bronok di Langkawi ni adalah di kawasan sebelah Padang Matsirat berdekatan International Airport Langkawi.

Jadi selamat mencuba makanan di langkawi dengan melawat tempat makan best di sekitar Pulau Langkawi.

Jika anda ingin mencuba kerabu bronok ini anda bolelah cuba di kedai ini yang juga di kategorikan antara yang termurah di langkawi.

1- Restoran Kak Yan di Jalan Ulu Melaka, Padang Matsirat berhadapan Sekolah Ugama Maktab Mahmud.

2- HBL Restoran bersebelahan kedai Shaari Gamat di tengah Pekan Kuah di belakang Hotel Bayview Langkawi.

Please follow and like us:

Senarai Tempat Makan Best Di Pantai Cenang

Senarai Tempat Makan Best Di Pantai Cenang

Banyak pengunjung yang ke Langkawi tertanya-tanya kenapa Eylizar Homestay tidak menyediakan satu senarai tempat makan yang best di Pantai Cenang?  jadi disini kami akan memberikan senarai tempat-tempat makan yang best di Pantai Cenang untuk anda dan keluarga anda menjamah selera semasa berada di Pulau Langkawi.

1. Casablanca Restaurant -Oriental Seafood & BBQ Cuisine

senarai tempat makan best di pantai cenang langkawi

Address: No.1, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
(near Aseania Resort)
Tel: 04-9559688 h/p: 012-4701593
Open daily from 12:00 noon to 11:00pm.

2. Rasa Restaurant – Malaysian Cuisine & International Comfort Food

senarai tempat makan best di pantai cenang langkawi

Address: Pantai Cenang Langkawi
Tel : 04-9554940  H/P: 019-4106002
Email: jaihamzah@yahoo.com
Open daily from: 8.00am-3.00pm /6.00pm-11.00pm

3. Restaurant Laman Ria -Malaysia and Japaness Food (fresh local seafood)

senarai tempat makan best di pantai cenang langkawi

Address: Muzium Laman Padi, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah Darulaman.
Tel: 04-9554418 H/P: 017-5259318
Email: langkawi@lamanria.net
Cooking Class available : Time- 3pm-5pm (malay/Thai/Japaness food)
Open: 12noon-3pm/ 6pm-10pm   last order 11.30pm.Closed-Friday

4. Restaurant Orkid Ria – Seafood Restaurant

senarai tempat makan best di pantai cenang langkawi

Address: Lot 1225, Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi Kedah Darulaman.
Tel: +604-9554128 /fax: +604-9553128
Open: lunch – 11am-3pm / dinner – 6pm-11pm

5. LLawa Dining Lounge -More Than A Restaurant For Best Malay Cuisine

senarai tempat makan best di pantai cenang langkawi

Address: 2863, Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah c/o Villa Molek, 07000 Langkawi Kedah Darulaman. Tel: +604-9553608  H/P: +6017-4201688
Email: villamolek@gmail.com
Open: 4pm-11pm

6. Palm View -Live Seafood Restaurant

senarai tempat makan best di pantai cenang langkawi

Address: 1584, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah Darulaman. Tel: +604-9559008
Open: 12noon-3pm /6pm-11pm
Free Wifi

7. Telaga Arabic Cafe & Restaurant -Telaga Seafood Restaurant

senarai tempat makan best di pantai cenang langkawiTelaga Arabic Cafe & Restaurant

Address: Telaga Cafe Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah Darulaman. Tel: +604-9552225
Open: 12noon-12am.

Berikut adalah sedikit sebanyak yang kami sediakan untuk anda memilih. Jika ada sebarang pertanyaa sila call/sms kami:

017-4256796  LIZA

Email : langkawihomestay490@gmail.com

Please follow and like us:

Langkawi Best Fish Farm Restaurant

Langkawi Best Fish Farm Restaurant

Pernahkah Anda Makan Diatas Restaurant Terapung (Sangkar Ikan)? 

Selamilah pengalaman ini bersama SAS RIMBA Mangrove Floating Restaurant. Nikmatilah pakej yang di tawarkannya amat berbaloi, murah, selesa dan menjimatkan. Pakej BBQ yang menjanjikan suatu kelainan disamping tiupan angin laut diwaktu malam dan tengahari serta menyediakan pilihan menu segar seperti ikan siakap,Jenahak,Udang dan sotong yang boleh anda dapatkan sendiri di salah satu sangkar ikan yang disediakan oleh pihak Restaurant.

Lokasi Restaurant ini terletak di dalam kawasan sungai mangrove yang berdekatan dengan Kilim Jetty. Perjalanan ke Restaurant memerlukan sebuah bot untuk membawa anda ke restaurant tersebut. Untuk makluman anda tiada jalan darat ke Restaurant ini, jadi inilah pengalaman yang mungkin tak dapat anda semua lupakan. Ketenangan diatas restaurant terapung tersebut tidak dapat anda alami di lain-lain restaurant yang terdapat di daratan.

Sekiranya anda menaiki bot untuk Pakej Mangrove Tour anda akan melalui dihadapan Restaurant ini, jadi bolehlah anda singgah dan menjamu selera disana. Memang best sekali merasai pengalaman ini.

Jika anda ingin membuat tempahan untuk makan tengahari anda hendaklah menghubungi pihak restaurant sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum kerana mereka akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk anda ianya free saja. Sekiranya anda sudah berada di Jetty Kilim yang perlu cuma call pihak restaurant dan mereka akan datang terus kepada anda. Perjalanan ke Restaurant tersebut hanya memakan masa 5-10 minit saja.

 

Lihatlah sebahagian gambar restaurant ini.

 

 

 

 

 

 

floating restaurant at kilim river

floating restaurant at kilim river

 

fish farm restaurant kilim river langkawi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi kami segera (sehari sebelum untuk tempahan):

017-4256796 / 019-5640251 

 

 

Please follow and like us:

Tempat Makan Best Di Langkawi 2013

Tempat Makan Best Di Langkawi 2013

Cuba lihat Senarainya di bawah ni

Lokasi Diantara Tempat Makan Best di Langkawi 2013 di Pekan Kuah

  • EE Burger Trimula Cafe –lokasi di belakang hotel Bella Vista . (buka malam sahaja)
  • Restoran Saujana –Lokasi di belakang hotel bella vista (buka malam sahaja)
  •  Wan Thai Restaurant – lokasi di Langkawi Mall (bersebelahan Hotel Bahagia) buka siang dan Malam.
  • Kedai Makan Shaari Gamat (HBL) -banyak lauk pauk dan juga ikan bakar beserta ulam ulaman , Berdekatan Bayview Hotel (makan tengahari ).
  • Restoran Pak Ya Nasi Ayam – Dekat berdekatan NAZA MOTOR (buka pada waktu siang sahaja)
  • GM Burger – Lokasi di Pekan Kelibang,Kuah bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell (Western food,char kuey teow,local food dan beraneka burger) Buka lewat petang dan malam.
  • Man Seafood Jetty Kuah – Berdekatan Jeti kuah terminal berhadapan Dataran Helang Langkawi, hanya berada di tepi jalan menuju ke Jeti terminal.
  • Restoran Satu Malaysia – Tawaran beraneka jenis makanan antaranya Shellout dan lambout di Dataran Helang pekan Kuah Langkawi.
  • YB Corner Foodcourt – bersebelahan hotel Eagle Bay pekan kuah berhadapan Garden. Petang hingga lewat malam.
  • Restoran Nasi Kandar Haji Ali 24jam – pekan kuah di dataran Marble dan bersebelahan pejabat penilaian.
  • Restoran Zainas – Bersebelahan Idaman Suri Pekan Kuah (makan tengahari).

LAKSA POWER PANTAI AIRPORT LANGKAWI

Ianya berada di kawasan tepi laut berhampiran airport Langkawi dan PULAPOL Langkawi. Tempat ni dibuka pada waktu petang sehingga malam. diantara menunya :

Laksa power, bihun sup, cendol, rojak dan banyak lagi.

Gerai Laksa power di langkawi airport padang matsirat

Gerai Laksa power di langkawi airport padang matsirat

tempat makan best di langkawi

tempat makan best di langkawi

Laksa Power Langkawi- semua orang pekena cendol

Laksa Power Langkawi-pandangan ke laut

Laksa Power Langkawi memang best di langkawi airport

Saya cadangkan kepada Tetamu Eylizar Homestay serta kepada semua yang membaca website kami ke tempat ini..best santai sambil tengok matahari terbenam..beserta hembusan angin laut ..banyak juga gerai-gerai lain terdapat disini…beraneka jenis pilhan. (tak payah pakai kipas) Great Sunset View.

Jika ada sebarang pertanyaan dan tempahan sila call :

013-4076422 – KI


BEST SEAFOOD RESTAURANT

RESTORAN NELAYAN JALAN BUKIT MALUT 

Baru-baru ini saya berkesempatan lagi pergi ke Restoran Nelayan Jalan Bukit Malut ini kerana membawa rombongan homestay iaitu kanak-kanak OKU serta guru-guru mereka. Mereka semua dari SMK Taman Bunga Raya ,Bukit Beruntung untuk menjamu selera. Tuan kedai tersebut Encik Rashid amatlah pemurah dan mesra pelanggan. Boleh dikatakan ikan-ikan serta hasil lautnya amatlah fresh dan masakan pun sedap. Restaurant ini dibuka seawal jam 5 petang hingga ke larut malam. Suasana di kawasan paya bakau serta berhampiran jetty nelayan amat menenangkan bila menjamu selera.

Restaurant Nelayan Jalan Bukit Malut

Jetty Nelayan di langkawi

langkawi seafood restoran

langkawi seafood restoran

langkawi seafood restoran

langkawi seafood restoran

tempat makan best di langkawi seafood

tempat makan best di langkawi seafood
tempat makan best di langkawi seafood

memang sedap sangat dan seronok berbual dengan cik Rashid ni…katanya juga dbeliau baru membuka satu lagi kedai berdekatan situ jugak dan menawarkan makanan seafood juga. Kedai barunya hanya 100 meter jarak dari kedai lama beliau…kalau kita datang dari Pekan Kuah ikut Jalan Bukit Malut kita akan jumpa kedai baru beliau dulu..

Apa-apa pun saya cadangkan kepada anda semua kena try makan di Restaurant beliau …dan saya memang syorkan kepada customer saya pergi makan malam disitu semasa menginap di homestay kami.

Jikalau ada sebarang pertanyaan sila hubungi terus:

EN. RASHID : 012-4372541


Lokasi Tempat Makan di PANTAI CENANG & PADANG MATSIRAT

  • Restoran Jom Ikan Bakar- tengah pekan padang matsirat (makan tengahari)
  • Halim Gulai Panas – Berdekatan bulatan padang matsirat Langkawi Airport.
  • Chef Corner – Berdekatan bulatan padang matsirat Langkawi Airport.
  • Restoran Kak Yan – Berdekatan Sekolah Agama Maktab Mahmud Jln Ulu Melaka (sarapan dan juga makan tengahari-banyak lauk pauk)

Tempat best untuk merasai suasana Langkawi Fish Farm Floating Restaurant (mangrove river)

Kami daripada pihak Eylizar Homestay Langkawi akan memberi update terbaru kepada anda semua Insyaallah saya akan lampirkan gambar-gambar bagi setiap restaurant yang akan saya jelajahi…Hanya untuk anda semua…

Please follow and like us:

Restoran Laut Terbaik Di Langkawi

Selection seafood restaurant at langkawi

Restoran Laut Terbaik Di Langkawi

Langkawi sudah
pasti, tempat yang indah untuk melihat dan mengagumi keindahannya.
Selain keindahan alam semula jadi, satu lagi perkara yang menjadikan
pulau ini popular adalah makanan laut yang mengagumkan. Melihat bahawa
kepulauannya yang dikelilingi oleh laut yang luas serta mempunyai
pelbagai indah kehidupan marin, ia menghidangkan sepinggan lazat
masakan. Bufet makanan laut biasanya terdiri daripada hidangan yang
segar dari laut seperti udang galah, ketam lembut shell dan kupang.

Sejak rantau ini dipengaruhi oleh pelbagai budaya lain, makanan yang
terlalu, membawa pengaruh dari gastronomies pelbagai lain di seluruh
dunia. Syurga ini gourmet menawarkan pelbagai masakan tempatan dan
antarabangsa, seperti, tradisional Melayu, Indonesia, Itali,
Continental, Cina, Jepun, India, Timur Tengah, Amerika, dan lain-lain
Ini bermakna anda telah mendapat pelbagai besar untuk dipilih. Selain
itu, mengikut bajet anda, anda boleh menyelesaikan kepada high-end
restoran, gerai Spartan atau gerai-gerai makanan tepi jalan di pasar
malam.

Restoran Laut Terbaik Di Langkawi

Anda boleh mencari kedai-kedai makan dan restoran di seluruh pulau itu
untuk menggembirakan hampir setiap jenis rasa. Walau bagaimanapun,
seperti yang dijangkakan, kawasan tersebut dibanjiri oleh pelancong,
termasuk Bandar Kuah, Pantai Cenang, Pantai Tengah dan Pantai Kok,
tempat makan yang paling popular di pulau itu. Suasana tropika yang
dipertingkatkan dengan pantai matahari mencium, angin lembut dan
perairan berkilauan pulau lebih-lebih lagi akan memberi rangsangan
kepada selera anda. Pastikan untuk mencuba berair goreng ikan dicelup
dalam sos Thai dan perasa lain.

Disebabkan status pulau bebas cukai, minuman keras adalah sebenarnya
murah di sini. Sebagai contoh, anda boleh dengan mudah mendapatkan bir
boleh bagi RM1.50. Kebanyakan pusat peranginan dan hotel mempunyai
restoran sendiri dan bar mereka, di mana makanan dan minuman boleh
dinikmati dalam suasana yang mewah. Jika tidak, anda boleh memilih
untuk bar lain di pulau dan mengambil keseronokan dalam minuman
eksotik. Cuba lihat di bawah untuk mendapatkan senarai restoran dan bar
di Langkawi.

Restoran Laut Terbaik Di Langkawi

  • Restoran & Bar di Langkawi
  • Aquarium Seafood, Kuah
  • Cactus Restaurant & Café, Pantai Tengah
  • Champor Champor, Pantai Cenang
  • Unkaizan Restoran Jepun, Pantai Tengah
  • Restoran Kelong Seri Melayu, Teluk Burau
  • Pavilion, The Datai Langkawi, Jalan Teluk Datai
  • Restoran Kelong Seri Melayu, Teluk Burau
  • Wonderland Makanan, Langkawi
  • Mimi, Pantai Cenang
  • Breakfast Station, Pantai Cenang
  • Ibu Restoran Lemak, Pantai Tengah
  • Fook Look Restoran Cina, Oriental Village
  • Lubang di Fishfarm Wall & Restaurant, Sungai Kilim
  • Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang
  • Matahari / Sun Village, Pantai Tengah
  • Red Tomato Splash, Pantai Cenang
  • Tulsi Garden, Pantai Tengah
  • SunBa, Pantai Tengah
Please follow and like us:

Suasana Padang Matsirat Langkawi

beras terbakar-langkawi

Suasana Padang Matsirat Langkawi

Beras Terbakar di Padang Matsirat

Terdapat tiga pusat membeli-belah utama di Padang Matsirat tetapi anda juga boleh membeli-belah di kedai-kedai yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi atau Atma Alam Batik Art Village.
Ini kampung batik memaparkan koleksi batik, lukisan minyak yang paling kreatif dan baju batik berpatutan dan cetakan. Satu lagi kedai pada jarak sedikit jauh dari Padang MatsiratTeow Soon Huat. Ia adalah salah satu kedai serbaneka yang terbaik yang mempunyai lebih daripada 60 cawangan. Sini anda boleh mencari segala-galanya daripada fesyen untuk perabot, aksesori rumah, barangan runcit, produk bayi dan elektronik. Terdapat juga beberapa gerai-gerai kecil yang berwarna-warni di sepanjang tepi jalan ke Padang beras terbakar.
Kemudahan penginapan di Padang Matsirat lebih kampong dan chalet daripada resort. Salah satu pilihan adalah Langkawi Lagoon Resort yang menawarkan chalet swasta romantis di perairan terbuka dan hamparan pantai peribadi. Ia adalah kira-kira 3 km jauhnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menawarkan beberapa pemandangan yang menakjubkan laut dan bukit berdekatan. Resort ini juga menyediakan rawatan spa, kolam renang dengan jakuzi dan kemudahan lain seperti gimnasium dan aktiviti laut.

Padang Matsirat tidak mempunyai kehidupan malam yang lain daripada remaja yang dilihat

berseronok pada motosikal di sepanjang jalan terpencil di jam lewat. Jika anda mahu pergi ke kelab malam yang baik maka anda perlu memandu ke pantai Cenang untuk kehidupan malam yang lebih baik.

Please follow and like us: